• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pyongyang Beri Amaran Kepada PBB

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Penyertaan tiga pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) dalam latihan tentera laut bersama Korea Selatan hanya memburukkan ketegangan antara negara itu dan Korea Utara.

Duta Korea Utara, Ja Song-nam dalam surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran situasi itu boleh membawa kepada tercetusnya perang nuklear.

Beliau berkata, penghantaran pertama seumpama itu sejak 2007 hanya membuatkan perang nuklear semakin sukar dijangka berikutan tindakan Washington yang dilihat seolah-olah bersedia melakukan serangan.

Latihan empat hari di barat Pasifik membabitkan kapal USS Ronald Reagan, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt itu bermula Sabtu lalu.

Ia turut disertai tujuh kapal Korea Selatan, termasuk tiga kapal pemusnah.

Song-nam berkata, Amerika Syarikat sudah melakukan penerbangan tanpa henti menerusi pesawat pengebom strategik B-52, manakala pesawat pengebom B-1B dan B-2 dilihat kerap terbang di ruang udara Korea Selatan.

“Latihan perang nuklear berskala besar dan semua ancaman membuatkan orang akan berfikir kami membuat pilihan tepat dan perlu mempertahankan pendirian ini hingga ke akhirnya,” katanya.

Korea Utara melaksanakan ujian nuklear keenam tahun ini dan beberapa ujian peluru berpandu, termasuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). – AFP/BH ONLINE

Tags: Korea UtaraPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd