• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Komuniti ‘Hadiah’ Untuk Warga PPR Beringin

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di sini kini boleh menarik nafas lega apabila sebuah pusat komuniti bernilai RM8 juta yang begitu selesa telah siap dibina dan boleh digunakan mulai hari ini.

Pembinaan pusat komuniti itu bukan sahaja dilengkapi kemudahan dewan serba guna berkeluasan 21,430 kaki persegi berserta penyaman udara, malah turut mempunyai tiga buah gelanggang badminton dan sebuah gelanggang bola keranjang.

Kemudahan lain yang turut terdapat di pusat berkenaan adalah bilik persalinan, tandas, pejabat serta bilik solat yang selesa dan kondusif.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebelum ini, pelbagai masalah dihadapi penduduk akibat ketiadaan tempat sesuai untuk menjalankan aktiviti antaranya ruang niaga yang terhad dan tidak terancang hingga menyebabkan peniaga mendirikan gerai di kaki jalan, di bawah blok bangunan dan pinggir kawasan PPR hingga menjejaskan pemandangan di kawasan ini.

“Penduduk juga perlu berkenderaan sendiri ke masjid berdekatan yang lokasinya sejauh lebih 5 kilometer (km) atau ke Surau Jumaat yang jaraknya lebih kurang 8 km dari lokasi ini.

“Aktiviti kemasyarakatan oleh penduduk di sini yang mencecah lebih 8,000 orang turut sukar dijalankan memandangkan ketiadaan kemudahan dewan yang sesuai untuk mereka mengadakan aktiviti tersebut jadi dengan kemudahan baharu ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya,” katanya ketika merasmikan Pusat Komuniti Beringin, di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata di kawasan PPR itu juga, kerajaan turut membina sebuah surau bertaraf Jumaat bernilai RM3.5 juta serta 12 unit gerai penjaja dengan kos pembinaan RM650,000.

“Selain itu, kemudahan gelanggang futsal sedia ada di PPR ini yang telah rosak akibat vandalisme juga sudah dibaiki serta dinaik taraf dan saya harap agar segala kemudahan ini dapat dijaga dengan berhemah kerana kos baik pulih kerosakan itu menelan belanja besar,” katanya.

Menurutnya, kesemua peruntukan pelaksanaan kemudahan tersebut disumbangkan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Tengku Adnan turut mengumumkan pembinaan parkir kereta bertingkat di kediaman berkenaan berikutan masalah parkir yang serius di kawasan tersebut yang bakal dilaksanakan bermula awal tahun depan.

“Kerajaan hari ini amat prihatin dan sentiasa mendengar masalah penduduk di Wilayah Persekutuan dan kami sentiasa berusaha menyampaikan perkhidmatan terbaik dalam meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau turut menggesa semua wakil penduduk di kediaman ini serta pihak berkuasa agar mengambil langkah-langkah pencegahan segera yang lebih proaktif dalam mengatasi masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah yang begitu meruncing di PPR berkenaan.

“Walaupun Kementerian Wilayah Persekutuan telah menubuhkan pasukan petugas seperti Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah), kami masih perlukan bantuan penduduk untuk kenal pasti apa masalah-masalah yang sedang dihadapi setiap penghuni blok PPR supaya masalah itu dapat dicegah dengan cepat dan berkesan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk yang menetap di PPR ini sejak 13 tahun lalu, Norlizan Shaikh Husin, 48, berkata beliau amat bersyukur kerana kemudahan dewan berkenaan yang telah lama dinantikan kini bakal memudahkan aktiviti harian penduduk.

“Sebelum ini, kalau kami nak adakan kenduri kahwin, kami perlu lakukan di bawah blok yang sememangnya tidak selesa atau buat di lokasi yang agak jauh hingga menyukarkan orang ramai sukar untuk ke sana disebabkan tiada kenderaan namun dengan adanya dewan ini, kami boleh berjalan kaki sahaja memandangkan jaraknya yang begitu dekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perjanjian RM1 Trilion AS-China: Siapa Jual Siapa?

Next Post

Ribuan Serbu Pak Jamal Jual Ikan RM5 Sekilogram

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

Next Post

Ribuan Serbu Pak Jamal Jual Ikan RM5 Sekilogram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd