• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Podium Bantu Naikkan Semula Prestasi Atlet

oleh Ahmad Albab
14/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menyifatkan Program Podium sangat signifikan dalam meningkatkan prestasi atlet untuk kekal konsisten walaupun terdapat atlet bergelut dengan masalah kecederaan.

Pemenang pingat emas 10m platform individu di Kejohanan Grand Prix Terjun Fina di Gold Coast, Australia 11 Nov lepas berkata kali ini program berkenaan menyediakan kepakaran dalam aspek psikologi, fisioterapi dan pasukan biomekanik yang akan bersama-sama atlet didalam pertandingan dan kem latihan.

“Saya ingin berterima kasih kepada (program) podium kerana masih memilih saya sebagai atlet podium (Progam Podium 2018). Saya akan lebih berusaha supaya terus menyumbang pingat untuk negara.

Program ini sangat membantu dalam meningkatkan prestasi atlet. Kami (atlet podium) memikul tanggungjawab besar kerana sasaran yang diletakkan adalah menyumbang pingat,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini hari ini.

Pandelela antara atlet berprestasi tinggi yang konsisten diserapkan dalam program podium bagi kali ketiga sejak 2016.

Beliau berkata program podium kendalian Institut Sukan Negara (ISN) banyak membantu menaikkan semula prestasinya selepas pulih daripada kecederaan lama dibahagian bahu dan belakang badan.

“Saya memang sentiasa merujuk kepada ISN mengenai kecederaan saya, dari awal tahun prestasi tidak begitu baik tetapi setelah menerima rawatan dan nasihat daripada pihak ISN, kecederaan semakin pulih dan saya gembira prestasi saya lebih bagus dan konsisten sepanjang penghujung tahun ini,” katanya.

Sebelum ini Pandelela turut cemerlang dengan meraih pingat emas bersama Leong Mun Yee bagi 10m platform seirama di Kejohanan Terjun FINA Grand Prix Kuala Lumpur pada Oktober lepas.

Terdahulu Pandelela dianugerahkan Ikon Sukan Yakult oleh pengeluar minuman kultur probiotik, Yakult (M) Sdn Bhd.

Anugerah itu merupakan inisiatif Yakult Malaysia dalam menyokong kecemerlangan sukan negara. Pandelela menerima sijil penghargaan dan tajaan minuman yakult selama enam bulan. – BERNAMA

Tags: Pandelela Rinong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandelela, Dhabitah Berganding Semula

06/04/2022
0

PERSOALAN mengenai siapa yang akan menjadi pasangan baharu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform...

Agong Zahir Tahniah, Bangga Kejayaan Pandelela

06/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd