• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Kesihatan Mental Kesan Masalah Mental

oleh Ahmad Albab
10/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelbagai program kesihatan mental dilaksanakan di semua klinik kesihatan seluruh negara secara berintegrasi bagi mengesan masalah mental dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata program tersebut meliputi aktiviti promosi melalui saringan untuk mengesan dari peringkat awal tahap stres, keresahan, kemurungan dalam kalangan individu yang berisiko mengalami masalah mental.

“Kementerian mengambil berat tentang isu kesihatan mental dalam negara. Mengikut kajian yang dibuat pada 2015 dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas adalah kira-kira 29.2 peratus.

“Namun, peratusan ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukan sakit mental. Terdapat perbezaan pada kedua-duanya,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) mengenai rancangan kementerian dalam mengatasi masalah kesihatan mental yang merupakan masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia.

Dr Subramaniam berkata kementerian itu turut melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kemahiran menangani stres bagi mencegah penyakit mental dalam kalangan komuniti melalui latihan kemahiran daya tindak dan aktiviti pemerkasaan komuniti.

Beliau berkata kementerian itu turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menjalankan program minda sihat dalam kalangan pelajar tingkatan empat di semua 2,343 buah sekolah di seluruh negara.

Katanya ia bertujuan mengetahui status kesihatan murid dan mengenal pasti tahap stres serta kemurungan mereka untuk tujuan khidmat kaunseling dan rawatan sekiranya perlu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamPenyakit Mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cerca, Carut Pemimpin Di Media Sosial Penyakit Mental No 1

10/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Cercaan, hasutan dan carutan oleh netizen dalam media sosial dilihat sudah menjadi penyakit mental nombor satu di...

LGBT Dianggap Penyakit Mental, Amat Membimbangkan

05/09/2018
0

SHAH ALAM - Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap sebagai satu penyakit mental serta amat membimbangkan kerana melawan fitrah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd