• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Kejar Diteruskan Ke Sabah, Sarawak

oleh Ahmad Albab
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) di Sabah dan Sarawak tahun depan, bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai usaha membanteras rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Kejar 2017 yang bermula 18 hingga 30 Sept di seluruh negara, menunjukkan keberkesanan yang luar biasa dalam mendidik segenap lapisan masyarakat untuk membenci rasuah.

Beliau berkata Kejar yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM adalah program mendekati masyarakat sehingga ke akar umbi supaya SPRM digeruni perasuah.

“Mereka yang mahu lakukan rasuah dan salah guna kuasa harus gerun dan gentar kerana SPRM sangat serius dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Bermula awal tahun ini, setiap minggu ada siasatan dan tangkapan dibuat dan ia akan berterusan,” katanya pada majlis Aspirasi Kejar 2017 sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas penubuhan SPRM, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Dzulkifli berkata Kejar 2017 yang diadakan julung kali mengambil masa selama 13 hari berturut-turut melibatkan jarak perjalanan hampir 2,700 kilometer dan diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi serta membabitkan 135 pegawai dan kakitangan SPRM.

Mengenai majlis Ini, Dzulkifli berkata ia dianjurkan bagi menghargai sumbangan dan jasa kepada jabatan dan agensi kerajaan, media dan pihak yang membantu secara langsung atau sebaliknya, dalam menjayakan program Kejar 2017.

Pada majlis itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara agensi kerajaan yang menerima sijil aspirasi daripada Dzulkifli. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd