• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Perancis Balas Puisi Gadis 13 Tahun

oleh Ahmad Albab
04/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan menulis puisi untuk seorang gadis Inggeris berusia 13 tahun.

Bait-bait puisinya, yang disiarkan dalam bahasa Perancis dan Inggeris itu juga adalah satu kejutan buat gadis tersebut sendiri.

Ia dikirim oleh Macron sebagai tanda terima kasihnya dan sempena hari jadi Sophie yang sebelum ini telah menghantar puisi tentang Menara Eiffel kepadanya.

Gadis dari Britain itu menulis puisi tersebut pada April, selepas dia terpesona dengan mercu tanda pencakar langit berkenaan ketika melawat Paris bersama keluarganya.

Diberi judul ‘Centre of Attention’ , ia berbunyi: “Ia ada empat kaki yang indah, yang membantunya berdiri teguh penuh bangga; Dari atas ia memandang kita semua, dengan kepalanya di atas awan.

“Ia anggun dan menggapai langit, dengan skirt berenda yang cantik, walaupun menatapnya penuh kagum, ia tidak akan lenyap dari pandangan matamu.”

Sophie mengirimkan puisinya itu ke Istana Élysée, kediaman Presiden Perancis semasa lawatannya.

Macron kemudian menghantar puisinya sendiri melalui Kedutaan Perancis di London ketika hari jadi Sophie pada Rabu lalu, lapor akhbar Telegraph.

Dia yang jelas tersentuh dengan apa yang dilakukan gadis itu, telah membalasnya juga dengan menulis tentang Menara Eiffel.

Puisi itu ditulis dalam bahasa Perancis, tetapi pihak kedutaan juga telah memberikan satu lagi salinan puisi sama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk Sophie. – mStar Online

Tags: Emmanuel MacronMenara EiffelPerancis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan

Next Post

Janda Kaya Tertipu Lebih RM7j Beli Nombor Ramalan

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

28/12/2024
0

JAKARTA: Perancis mengemukakan permohonan rasmi kepada Indonesia untuk memindahkan seorang warganegara Perancis yang dijatuhi hukuman mati dan sudah menjalani hampir...

Next Post

Janda Kaya Tertipu Lebih RM7j Beli Nombor Ramalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd