Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Azwan Ali Komen Adegan...

NAMPAKNYA adegan pelakon dan juara Fear Factor Hairul Azreen melamar kekasihnya, Hanis Zalikha di...

Penduduk Kecewa Projek KIDEX...

PENDUDUK sekitar Petaling Jaya kecewa apabila kerajaan Negeri Selangor mengumumkan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara...

Pesara Wajar Wujudkan Akaun...

SEREMBAN - Kebimbangan paling utama masyarakat khususnya bakal pesara, selain mempunyai simpanan yang...

‘Malam Ganas’ Melanda Chicago

WASHINGTON – Seramai 44 orang ditembak dan lima orang maut di kota raya...

Janda Kaya Tertipu Lebih RM7j Beli Nombor Ramalan

SHAH ALAM – Seorang janda kaya berusia 49 tahun kerugian kira-kira RM7.9 juta akibat ditipu seorang individu yang dikenalinya melalui laman sosial yang menjual nombor ramalan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata wanita itu menyedari ditipu selepas lelaki berkenaan gagal memberi nombor ramalan yang dijanjikan walaupun dia telah membayar sejumlah wang melalui 22 transaksi dari Julai hingga September lalu.

“Mangsa mengenali lelaki ini di laman sosial yang mendakwa dia bekerja di sebuah syarikat nombor ramalan di Hong Kong pada Julai lalu.

“Lelaki ini perdaya mangsa dengan tawar nombor ramalan yang telah memenangi hadiah sebanyak RM5.5 juta (AS$1.3 juta). Mangsa namun perlu bayar sebanyak RM102,300 untuk beli nombor itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata selepas membuat bayaran pertama, mangsa diarahkan membuat beberapa lagi bayaran ke dalam empat akaun bank yang berbeza bagi tujuan pembayaran cukai.

“Mangsa membuat laporan polis semalam kerana berasa ditipu kerana sehingga kini beliau tidak menerima nombor berkenaan,” katanya.


Shamsul Amar berkata wanita itu mewarisi harta mendiang suaminya yang merupakan seorang jutawan yang ada syarikat selain menjadi pemegang saham di beberapa syarikat selain menerima wang insurans kematian suaminya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA

Kategori