• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prasarana Lancar SMILE Mantapkan Mutu Perkhidmatan

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melancarkan program Senyuman Mesra, Ikhlas, Layanan Efisien (SMILE) bagi memantapkan kualiti perkhidmatannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata inisiatif secara berterusan itu adalah untuk memupuk budaya mesra dalam kalangan warga kerja Prasarana sendiri selain merapatkan hubungan dengan para pelanggan.

Beliau berkata usaha itu dapat menaikkan imej syarikat dan menarik lebih ramai pengguna perkhidmatan kendalian Prasarana, sejajar usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada nisbah 40:60 berbanding penggunaan kenderaan sendiri pada 2030.

“Sebagai permulaan, program ini menyasarkan tiga kumpulan utama iaitu Rapid Rail, Bas Rapid dan pasukan Polis Bantuan Prasarana.

“Akademi Rel Rapid Rail dan Akademi Bas Rapid Bus menjadi tenaga utama dalam menyediakan latihan kepada staf dan kakitangan Prasarana yang kini melebihi 10,000 orang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program itu di sini.

Azmi berkata pendekatan senyuman itu diharapkan dapat mewujudkan suasana persekitaran yang ceria dan mengajak orang ramai mengamalkan budaya sopan santun.

Prasarana mengendalikan perkhidmatan bas RapidKL, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel di ibu negara. – BERNAMA

Tags: Prasarana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

27/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas daripada Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd