Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PM Laos Diberi Sambutan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Laos, Dr. Thongloun Sisoulith diberi sambutan rasmi di Perdana...

Hafizh Syahrin Hampir Pasti...

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin semakin hampir menyertai Monster Yamaha Tech3 secara musim penuh...

‘Tolonglah Datang, Makan Percuma...

BERASA sedih melihat buah-buahan terbiar dan tidak laku dijual, seorang pemilik kebun di...

Tempoh Permohonan E-Kad Tak...

PUTRAJAYA - Tempoh permohonan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) yang membolehkan penggajian...

PPM Tawau Gagalkan Cubaan Seludup Barang Kawalan

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup ke negara jiran pelbagai jenis barangan kawalan bernilai hampir RM24,000 menerusi laut Sungai Pukol dekat sini, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Yazib Abdul Aziz berkata kejayaan penahanan itu susulan bot jongkong dipandu juragan berusia 28 tahun itu dipintas bot PPM yang menjalankan rondaan Tugas Ops Maharlika Interpol pada pukul 5.21 petang.

“Hasil pemeriksaan di ruang kargo jongkong, anggota PPM menemukan 29 tong gas jenama Petronas bernilai RM5,220; 10 tong gas jenama MyGaz (RM1,800); 70 plastik gula jenama Gula Prai (RM5,040); 55 kotak minyak masak pelbagai jenama (RM2,525) dan 18 kotak tepung pelbagai jenama (RM324),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan penemuan itu, Yazib berkata pemeriksaan lanjut dilakukan dan juragan gagal menunjukkan sebarang dokumen seperti lesen perniagaan serta sijil membawa bekalan barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, katanya pada Isnin lepas, Unit Risikan Marin (URM) turut menggagalkan cubaan dua lelaki termasuk pemilik bot menyeludup keluar 40 tong gas bernilai RM8,000 di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Logpond di sini pada pukul 6 petang.


Yazib berkata kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun itu ditahan selepas bot yang membawa muatan 34 tong gas petronas (RM6,800) dan enam tong gas MyGaz (RM1,200) dipintas anggota URM dengan bantuan bot PPM Tawau, sebelum gagal menunjukkan sebarang dokumen sah berhubung barang kawalan yang dibawa.

Beliau berkata semua tangkapan dan rampasan dalam tempoh dua hari itu diiring ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – BERNAMA

Kategori