Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Serangan Keganasan Moscow: Semua...

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia...

Berhati-hati Pulang Ke Kampung...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati  orang ramai supaya berhati-hati...

Polis Tahan 3 Lelaki...

KUCHING - Polis menahan tiga lelaki warga negara Indonesia berusia antara 24 dan...

Pos Malaysia Perkenal Koleksi...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan memperkenalkan koleksi setem khas...

Pos Malaysia Keluar Edisi Ke-2 Setem Destinasi Pelancong

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan edisi kedua siri setem “Destinasi Pelancong” pada 21 November, memaparkan destinasi popular di Pahang, Perak danTerengganu.

Antara tempat kunjungan pelancong terkenal yang dipaparkan pada setem itu ialah Istana Abu Bakar (Pahang); Bukit Fraser (Pahang); Menara Condong Teluk, Intan, dan Pulau Pangkor (Perak); Masjid Kristal (Terengganu); serta Muzium Negeri Terengganu.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata Pos Malaysia akan mengeluarkan 280,000 setem masing-masing mewakili ketiga-tiga negeri itu, berharga 60 sen sekeping.

Beliau berkata di samping tiga setem berlainan yang dicetak bersebelahan, produk filateli lain yang dikeluarkan serentak dengan pengeluaran setem ini adalah 32,000 keping sampul sural hari pertama dan 1,800 keping folder yang masing-masing berharga 55 sen dan RM6.35.

“Set folder yang lengkap, mengandungi setem, sampul dan brosur termasuk folder berharga RM49.85,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata harga khas RM25 bagi pelajar disediakan bagi pelajar sekolah yang berminat untuk mengumpul setem.

Diyana turut menggesa pengumpul setem supaya membuka Akaun Deposit Arahan Tetap (SODA) oleh kerana ia memberi kemudahan kepada pengumpul setem untuk membeli setem keluaran khas hari pertama dan produk filateli tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari setem itu dikeluarkan.


“Pengumpul setem boleh membuka akaun dengan deposit minimum RM50 disertai arahan tetap untuk menerima setem dan produk filateli, selagi mereka mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun SODA mereka,” katanya.

Pemegang akaun SODA boleh menambah jumlah simpanan mereka secara dalam talian menerusi ‘Philately Online’ www.posonline.com.my atau menerusi kaunter pejabat pos.

“Jumlah harga bagi pembelian produk, bayaran pos dan pendaftaran akan ditolak daripada akaun SODA. Penyata yang disertai produk akan dihantar kepada pemegang akaun bagi setiap pengeluaran baharu,” jelas beliau.

Diyana juga berkata orang ramai digalakkan melayari www.pos.com.my atau mengunjungi pejabat Pos Malaysia terdekat atau Galeri Setem di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi atau menghubungi 03-2267 2267 sambungan 2000 atau email [email protected]. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • setem

Kategori