• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Masuk: Polis Tumpaskan Geng Pok Ya

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menumpaskan Geng Pok Ya dengan penahanan lima anggotanya yang disyaki terlibat memecah masuk kedai perkakasan dan mencuri kabel di daerah ini, sejak bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 43 tahun itu ditahan antara 30 Oktober hingga 4 November lepas di sekitar daerah ini.

Katanya, antara yang ditahan ialah seorang mekanik yang dipercayai ketua kumpulan itu, yang baharu dibebaskan daripada penjara atas kesalahan berkaitan dadah pada Ogos lepas.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka ini terbabit dalam lima kes curi kabel di kawasan sekitar Jaya Gading dan FELDA Panching Utara yang membabitkan kerugian kira-kira RM14,000.

“Empat daripada suspek turut terbabit dalam dua kes pecah premis kedai perkakasan di Perumahan Pandan Sejahtera 2 pada 10 Oktober lalu yang membabitkan kerugian sebanyak RM13,000 bulan lalu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata suspek juga dipercayai memecah masuk kedai yang sama untuk kali kedua pada 24 Okt lalu, yang menyebabkan kerugian sebanyak RM6,000.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semua suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, dan ujian air kencing yang dilakukan juga positif methamphetamine.

Katanya, polis masih mengesan dua lagi anggota kumpulan itu yang dikenali sebagai Awe dab Bitik bagi membantu siasatan.

Siasatan dikendalikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk dan Seksyen 431 (a) kanun yang sama kerana melakukan khianat terhadap harta benda awam. – BERNAMA

Tags: ACP Abdul Aziz Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Sarang Khas: 61 Suspek Dadah Ditahan

10/08/2017
0

KUANTAN - Polis menahan 61 individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM20,000 dalam Op Sarang Khas di sekitar Felda Panching...

Buli: 11 Lagi Pelajar Kolej Vokasional Direman

11/08/2017
0

KUALA TERENGGANU -  Seramai 11 pelajar lagi ditahan reman  berhubung kes buli di sebuah kolej vokasional di sini, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang direman 26 orang setakat ini. Perintah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd