• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Wanita Indonesia Dera Anak

oleh Ahmad Albab
26/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis menahan seorang wanita warga Indonesia yang disyaki mendera anak lelakinya berusia setahun sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan lebam di badan di rumah mereka di Kampung Paya Lahar Kepah, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Nor berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Rabu itu, wanita berusia 26 tahun berkenaan dan suaminya yang merupakan warga tempatan, membawa anak mereka ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini kerana tidak sedarkan diri.

“Wanita itu mendakwa anaknya terjatuh ketika sedang bermain dan dahinya terhentak ke lantai ruang tamu rumah mereka sebelum tidak sedarkan diri. Semasa kejadian hanya terdapat dia dan mangsa.” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata menurut ibunya, ekoran kejadian itu mangsa mengalami kecederaan lebam pada dahi dan berada dalam keadaan lemah serta hanya dibawa ke HKB selepas bapanya pulang daripada bekerja.

Katanya doktor yang merawat mangsa mendapati kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan mata tertutup, tiada percakapan dan pergerakan serta disyaki mengalami pendarahan dalam otak.

Noorzainy berkata pemeriksaan juga mendapati terdapat beberapa kesan lebam lama dan baharu di bahagian badan kanak-kanak itu antaranya di dada, kaki kiri dan bawah mata.

“Menurut doktor pakar kanak-kanak di HKB, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala disyaki mengalami pendarahan di otak akibat impak kuat daripada sesuatu objek tumpul di dahi dan juga di pipi kanannya.

“Doktor berpendapat kecederaan yang wujud termasuk banyak kesan lebam yang berlainan warna di badan mangsa adalah disengajakan bukan akibat kemalangan,” katanya.

Katanya mangsa yang dalam keadaan koma dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan masih belum sedarkan diri.

Beliau berkata siasatan awal daripada jiran mereka mendakwa wanita itu selalu memukul anaknya dan berkelakuan pelik jika suaminya tiada di rumah.

Berikutan itu, polis menahan ibu kanak-kanak berkenaan dan pemeriksaan juga mendapati dia dan anaknya yang menggunakan pasport Indonesia telah tamat tempoh visa, katanya. – BERNAMA

Tags: Kes deraWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd