• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Lelaki Siasat Kes Kejam Bunuh 3 Beranak

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes tiga beranak mati dibunuh di sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan perkakasan di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata lelaki itu dikenali sebagai Sharat Eh Wang @ Pot, 31, dengan alamat terakhir di Kampung Jubakat Darat, di sini.

“Pihak kami juga menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes tersebut termasuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa Thailand,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tumpat di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berkaitan dengan dendam terhadap mangsa yang menjalankan perniagaan perkakasan rumah.

Dalam kejadian di antara 1.30 petang dan 2 petang semalam, Kha Eng Ni, 42, dan isterinya Chua Joo Seok, 43, serta anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, mati dibunuh manakala seorang lagi anak perempuan mangsa, Kha Xing Rhuu, 15, cedera.

Pada majlis berkenaan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Supt. Mohammed Zulmazi Che Daud dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohammed Zulmazi menggantikan Supt. Nik Azlan Nik Ibrahim yang dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Batalion ke-4 Kem Semenyih, Selangor. – BERNAMA

Tags: Datuk Din Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd