• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Janji Terus Beri Tumpuan Pembangunan Sabah

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju setanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebagai perdana menteri, katanya, beliau berpegang kepada prinsip keadilan dalam soal agihan pembangunan negara supaya seluruh ceruk negara dari Sabah hinggalah ke Perlis dapat menikmati kemajuan dan pembangunan sewajarnya.

“Saya tahu inilah nilai orang Sabah (bersama-sama) membentuk Malaysia. Kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah negara, bila orang Sabah mengambil keputusan nak masuk menyertai Malaysia, mestilah kita menjamin bahawa keputusan itu menjanjikan masa depan yang cukup cemerlang bersama.

“Bukan senang orang Sabah nak masuk Malaysia. Saya dibawa ke rumah OKK Sodomon (seorang pejuang kemerdekaan) di Keningau. Rupa-rupanya di rumah itulah allahyarham ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) menemui pemimpin Kadazandusun Sabah untuk meyakinkan mereka (pemimpin Sabah) supaya menyertai Malaysia.

“Dan hari ini, ia menjadi tanggungjawab saya supaya apa yang telah diputuskan, apa impian dan cita-cita mereka (pemimpin) dahulu, mestilah kita terjemahkan dalam bentuk bahawa keputusan itulah (bersama membentuk Malaysia) yang menjamin kecemerlangan masa depan rakyat Sabah,”kata beliau.

Najib mengadakan lawatan kerja sehari di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCS di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2018, yang dibentangkannya baru-baru ini, dirangka sebegitu menyeluruh bagi memastikan jurang perbezaan pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dapat dikurangkan dan dihapuskan suatu hari ini nanti, meskipun mungkin mengambil sedikit masa.

Katanya beliau merangka Bajet 2018, yang memberi peruntukan besar kepada Sabah dan Sarawak serta mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat, kerana bekas perdana menteri yang pernah berkuasa selama 22 tahun tidak melakukannya sehingga kedua-dua negeri itu agak tertinggal berbanding negeri lain.

“Saya kena buat apa yang dia tidak buat…sebab itulah peruntukan untuk Sabah dan Sarawak lebih tinggi dalam Bajet 2018,”kata beliau.

Beliau berkata dalam Bajet 2018, kerajaan Persekutuan memperuntuk RM2 bilion untuk projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibina tanpa tol, RM1 bilion untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sabah menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) bagi menyediakan infrastruktur pendidikan yang baik kepada rakyat Sabah.

Melalui kemudahan pendidikan yang baik, katanya, rakyat Sabah yang sememangnya berpotensi tinggi untuk maju, boleh cemerlang dalam pendidikan seterusnya melahirkan rakyat berpendidikan dan mahir untuk menerajui pentadbiran kerajaan di negeri berkenaan.

Dalam Bajet 2018 juga, Sabah dan Sarawak diberi peruntukan RM500 juta untuk pembangunan jalan luar bandar, RM600 juta untuk bekalan elektrik, RM300 juta untuk bekalan air bersih, namun berharap peruntukan berkenaan dipergunakan sebaiknya tanpa ketirisan, kata beliau.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan dana pemudah cara sebanyak RM500 juta untuk pembangunan projek ekopelancongan di Tanjung Aru sebagai daya tarikan pelancong tambahan.

“Inilah sokongan kerajaan pusat kepada projek yang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri sebagai satu projek tarikan untuk pelancong yang bertaraf dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Makin Popular, KTMB Tambah 9 Lagi ETS Tahun Depan

Next Post

Polis Tumpas Geng Langgar, Samun Kenderaan

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Polis Tumpas Geng Langgar, Samun Kenderaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd