• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKS Terjejas Banjir Dapat Pengecualian Levi PSMB

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir di wilayah utara negara telah diberikan pengecualian bagi levi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem berkata pengecualian itu akan bermula dari 1 Jan – 30 Jun, 2018.

“Kami telah memutuskan untuk memberikan pengecualian levi kepada PKS yang terjejas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bagi mengurangkan bebanan mereka. Hanya PKS yang berdaftar dengan PSMB akan dikecualikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran PSMB 2017 selama dua hari bermula hari ini.

Menurut PSMB, terdapat kira-kira 2,500 PKS hanya di Pulau Pinang sahaja.

Levi PSMB merupakan pembayaran caruman mandatori yang dikenakan oleh Kerajaan kepada kumpulan majikan yang tertentu bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja.

Di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, majikan di dalam kategori tertentu bertanggungjawab untuk membayar levi Pembangunan Sumber Manusia untuk setiap pekerja pada kadar 1.0 peratus daripada gaji bulanan pekerja.

Sementara itu, Richard melancarkan Aplikasi Mudah Alih PSMB semasa persidangan itu. Ia menyediakan perkembangan terkini mengenai berita, program dan pekeliling PSMB kepada pelanggan.

“Fasa kedua aplikasi itu akan menawarkan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kerana ia membolehkan majikan dan penyedia latihan menyerahkan pendaftaran dan tuntutan mereka secara terus daripada peranti mudah alih,” katanya.

PSMB ditubuhkan pada 1993 di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Richard Riot Anak JaemLevi PSMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd