• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKL Hantar 114 Atlet Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) menghantar 114 atlet ke Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) ke-22 pada 10 hingga 14 Nov ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata kontinjen tersebut akan terlibat dalam 13 acara yang dipertandingkan dalam SPASM antaranya futsal, bola jaring, bola sepak, boling, ping pong dan badminton.

“Buat julung kalinya, PKL menjadi tuan rumah untuk SPASM pada tahun ini dan diharapkan dengan kejayaan kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA baru-baru ini akan membakar semangat mereka dalam kesemua acara yang dipertandingkan.

“Tagline SPASM ‘Semangat Membara’ memberi gambaran semangat sukan yang berkobar-kobar dalam penganjuran sukan ini,” katanya ketika Majlis Taklimat dan Penyerahan Bendera Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Katanya 14 kontinjen terdiri daripada 684 atlet dari 14 perpustakaan negeri turut terlibat dalam SPASM.

“Antara lokasi yang terlibat dalam acara sukan SPASM sekitar ibu kota iaitu Stadium Titiwangsa, Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Endah Parade dan Universiti Malaya,” katanya.

Katanya SPASM merupakan kejohanan sukan dwitahunan diadakan sejak 1984 antara semua Perpustakaan Awam Negeri dan setiap daripada perpustakaan tersebut berpeluang menjadi tuan rumah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahan Kempen Berunsur Hasutan, Fitnah Akan Diturunkan

23/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan serta-merta tanpa sebarang kompromi bahan-bahan kempen pilihan raya yang mempunyai...

DBKL Peruntuk RM15 Juta Atasi Banjir Kilat Di Ibu Kota

09/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM15 juta bagi melaksanakan pelbagai projek mengatasi banjir kilat di ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd