• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Muzik Muzik Sedia Bersemuka Dengan Ayda

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK produksi Muzik Muzik kini bersedia duduk semeja dengan penyanyi Ayda Jebat untuk berbincang mengenai isu panas yang timbul baru-baru ini.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan untuk minggu ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 32, pada 12 November lalu.

Baca: Lagu Mata Gagal Ke AJL, Ayda Tak Puas Hati?

Namun, Ayda tampil memberikan penjelasan tentang isu itu. Katanya, dia bukanlah tidak berpuas hati. Sebaliknya Ayda ingin mengetahui pemarkahan lagu dibuat kerana ingin memperbaiki kesilapannya pada masa akan datang.

Jelasnya, dia sedikit kecewa kerana lagunya, Mata tidak terpilih kerana dia memang meletakkan harapan yang tinggi dan sudah tiga tahun mencuba di pentas yang sama, tetapi masih tidak berhasil.

Juga: Bukan Niat Nak Pertikai Juri, Tapi Ayda Hanya…

Sementara itu, tular pula cerita yang mengatakan pihak produksi Muzik Muzik enggan bersemuka dengan penyanyi berusia 25 tahun tersebut.

Ekoran tularnya cerita yang kurang enak didengar itu, Ketua Bahagian Hiburan Primeworks Studios, Muhammad Sufian Che Isa menyatakan kesedian mereka untuk memberikan penjelasan sekali gus menyelesaikan isu itu.

“Pihak produksi sedia bertemu dengan Ayda dan pengurusannya untuk memberi penjelasan termasuk mengaturkan pertemuan dengan pihak juri.

“Ia bertujuan semoga dengan perbincangan dan pertemuan diatur itu nanti akan menemui penyelesaian yang jelas,” katanya dipetik Harian Metro.

Sementara itu, Sufian meminta maaf atas apa yang berlaku dan berharap Ayda tidak berputus asa kerana bakat yang ada padanya itu harus dikembangkan.

“Saya tidak nafikan Ayda seorang penyanyi berbakat. Apatah lagi, dia juga sangat komited terhadap karier seninya.

“Cuma, belum rezeki Ayda untuk bertanding di pentas AJL. Saya harap dia terus berusaha menghasilkan karya lagu terbaik pada masa akan datang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Datuk Mokhzani Ismail yang juga ketua juri program tersebut menjelaskan penilaian dibuat berpandukan 40 peratus melodi dan 20 peratus lirik.

Persembahan dan penerimaan pendengar mula masing-masing merangkumi 20 peratus daripada markah penuh penilaian. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: AJL32Anugerah Juara Lagu 32Ayda JebatMuzik-Muzik 32
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ayda Jebat, Nabil Bertunang Atas Talian

29/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda Jebat bertunang secara atas talian, semalam. Nabil,...

Ayda Jebat Cipta Rekod Di Awan Biru

08/08/2019
0

KOTA KINABALU - Penyanyi, Ayda Jebat melakar sejarah apabila persembahan mini pertamanya yang diadakan dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd