• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia 2017: Kedah Harap Tuah Stadium Shah Alam

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Juara bertahan, Kedah mengharapkan tuah beraksi di Stadium Shah Alam menyebelahi mereka sekali lagi ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, malam esok.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata selepas melakar kejayaan menewaskan Selangor pada edisi lepas dan menjuarai Piala FA musim ini di venue itu, keputusan sama diharap dapat dicatat ke atas skuad Harimau Selatan pada pertembungan esok.

“Ini adalah kali ketiga berturut-turut Kedah berjaya sampai ke perlawanan akhir di stadium yang sama, jadi kita mengharapkan tuah yang sama seperti tahun lalu,” katanya pada sidang media perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Bagaimanapun, pengendali berusia 49 tahun itu mengakui pasukannya bakal berdepan ujian getir dalam mengekang asakan JDT, namun ketiadaan tonggak pertahanan pasukan lawan Marcos Antonio yang mengalami kecederaan lutut dilihat memberi sedikit kelebihan.

“Kelebihan itu kita akan cuba gunakan sebaiknya tetapi jika dilihat pada barisan tengah dan serangan pasukan lawan, mereka memang sangat baik.

Jika kita lihat statistik gol sepanjang musim ini, mereka mempunyai rekod yang sangat baik. Oleh itu final kali ini kami memikul tanggungjawab yang lebih berat,” kata beliau.

Sementara itu, Kapten Skuad Lang Merah, Khairul Helmi Johari menggesa rakan sepasukan untuk memberikan yang terbaik dalam memastikan Piala Malaysia terus kekal berada di Kedah.

“Kita sudah berdepan JDT dua kali pada musim ini dan ia merupakan aksi yang seimbang. Sudah pasti final kali ini kami mahukan kemenangan tetapi bila bercakap soal final, hanya pasukan terbaik yang akan menang.

Jadi saya mengharapkan semua pemain tidak kira yang bermain ataupun di bangku simpanan dapat memberikan sepenuh komitmen pada malam final esok,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ketua Jurulatih KedahMohd Nidzam Adzha YusoffPiala Malaysia 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aidil Sharin Ketua Jurulatih Baharu Lang Merah

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih Home United, Singapura, Aidil Sharin Sahak sebagai...

Liga Super: Nidzam Adha Dalam Dilema Bertemu Terengganu

27/04/2018
0

DILEMA hilang satu, dapat satu. Itu yang dialami ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof yang akan turun sebagai pelawat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd