Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Mercy Hantar Staf Perubatan...

KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah kebanjiran drastik pelarian Rohingya ke Bangladesh berikutan keganasan...

Nyaris Jatuh Tingkat 15,...

Novosibirsk (Russia) - Seorang lelaki yang tergelincir ketika mencuci tingkap kediamannya di tingkat...

Gerakan Cari Mangsa Kolam...

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemancing, Johar Jeboi, 42, yang dikhuatiri lemas selepas...

Tidak Mudah Alih Kesetiaan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah mengalihkan kesetiaan...

Petronas Lancar Dynamic Diesel Euro 5 Pro-Drive

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Bhd (PDB) hari ini melancarkan Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, yang menjanjikan pemanduan lancar serta penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, berkata diesel hampir tanpa sulfur yang dipertingkat itu merupakan kombinasi diesel asas berkualiti tinggi dirumus semula daripada loji penapisan Petronas.

“Teknologi Pro-Drive telah terbukti menghilangkan mendapan dan melindungi pemancit kenderaan, membersihkan enjin dengan efektif dan memastikan kecekapan enjin yang optimum,” katanya kepada pemberita pada pelancaran minyak diesel tersebut di sini, hari ini.

Menurutnya, berbanding dengan bahan api diesel dalam pasaran, hasil ujian menunjukkan Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive mencatatkan nombor setana yang lebih tinggi, yang membantu meningkatkan pembakaran, yang seterusnya membawa kepada pemanduan lebih lancar, pelepasan asap bersih dan kurang bunyi.

Mohd Ibrahimnuddin berkata teknologi Pro-Drive adalah hasil daripada kerjasama Petronas dengan Iveco, syarikat pengeluar kenderaan perindustrian yang berpangkalan di Itali, untuk merumuskan formula kemenangan kepada pasukan PETRONAS De Rooy IVECO yang bersaing di perlumbaan Rali Dakar.

Beliau berkata rali itu terkenal sebagai perlumbaan ‘off-road’ yang paling lasak dan mencabar di dunia dan kemenangan pasukan tersebut semasa edisi 2016 merupakan bukti kecemerlangan teknologi bahan apinya.

“Rali Dakar menyediakan platform kepada kami untuk mengkaji keperluan kenderaan berkuasa diesel pancitan terus rel sepunya yang berprestasi tinggi dan bagi menambah baik produk kami.


“Diesel dipertingkat baharu kami mencerminkan komitmen kami untuk meneruskan penambahbaikan bagi memberi manfaat kepada pelanggan kami,” katanya.

Beliau mengunjurkan kuantiti jualan diesel meningkat sebanyak 10 peratus susulan pelancaran variasi baharu itu.
Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive boleh didapatkan di 58 stesen terpilih Petronas dan akan akan dijual di 115 stesen tahun depan.

Pada masa depan, Mohd Ibrahimnuddin berkata, Petdag juga merancang menggunakan teknologi Pro-Drive dalam bahan api Primax tidak lama lagi. – BERNAMA

Kategori