• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM90,000 Baik Pulih Pendawaian Sekolah Tahfiz

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Suruhanjaya Tenaga (ST) memperuntukan sebanyak RM90,000 bagi membaik pulih sistem pendawaian di 14 sekolah tahfiz di seluruh negara sepanjang tahun ini menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) suruhanjaya berkenaan.

Pengarah Operasi Kawasan dan Penguatkuasaan ST, Md Zakuan Ibrahim berkata setakat ini kerja membaik pulih telah selesai dilaksanakan di 12 sekolah tahfiz terpilih, dua di Selangor , satu di Perak , satu di Pahang , dua di Pulau Pinang, satu di Melaka dan lima di Sabah, manakala dua lagi di Kelantan masih dalam proses penambahbaikan.

Beliau berkata antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk penambahan pendawaian terhadap punca kuasa dan kipas, penggantian lampu yang rosak, penukaran kotak papan agihan dan penambahan alat perlindungan.

“Program CSR ini merupakan salah satu program titik sentuhan yang mula dilaksanakan pada tahun lepas. Sebelum ini sebanyak sembilan sekolah tahfiz terpilih bagi perlaksanaan program ini dan pada tahun ini ia diperluaskan di 14 sekolah di seluruh negara.

Peruntukan penambahbaikan sistem pendawaian di setiap sekolah bergantung pada kerosakan atau penggantian yang perlu dilakukan dan perbelanjaan maksimum adalah sebanyak RM10,000,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian program (CSR) berkenaan di sekolah tahfiz di Madrasah An Nuriah Ad Diniah di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja penambahbaikan sistem pendawaian berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama institut kemahiran yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendawaian elektrik dan kontraktor bagi mengurangkan kos upah atau tenaga kerja.

Katanya melalui program CSR tersebut orang ramai atau pelajar sekolah tahfiz terlibat turut diberikan pemahaman mengenai kepentingan sistem pendawaian yang mempunyai alat perlindungan iaitu peranti arus baki (PAB) yang sempurna.

Md Zakuan berkata PAB memerlukan pengujian secara berkala bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan dapat melindungi nyawa dengan memutuskan bekalan elektrik sekiranya terdapat kebocoran arus atau litar pintas. – BERNAMA

Tags: Sekolah Tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Chef Wan Tuduh Nabil Jadi Perosak Bangsa?

Next Post

Biar Nyamuk Aedes Biak, Syarikat Pembinaan Didenda

Related Posts

Kes Cabul Sekolah Tahfiz Tidak Cukup Bukti Untuk Dakwa

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10...

Agih 1,000 Naskhah Al-Quran Di Sekolah Tahfiz Kemboja

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR - NGO Antarabangsa Malaysia hari ini mengagihkan 1,000 naskhah al-Quran kepada sekolah-sekolah tahfiz di Kemboja. Pengerusinya Datuk Dr...

Next Post

Biar Nyamuk Aedes Biak, Syarikat Pembinaan Didenda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd