SEJAK kebelakangan ini, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad sering pula ditegur oleh beberapa pihak kerana jenaka yang diutarakan oleh pengacara ini dilihat agak kasar dan tidak bersesuaian memandangkan Gegar Vaganza (GV4) ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Susulan itu, Nabil mengambil peluang dan langkah untuk mengawal tingkah laku serta lebih berhati-hati dalam melontarkan kata-kata ketika bersiaran secara langsung.
Bagaimanapun, perubahan secara drastik berkenaan dilihat sangat janggal dan agak melucukan.
Cuba bayangkan, Nabil sebelum ini cukup terkenal dengan sifat suka mengusik tiba-tiba berubah menjadi seseorang yang serius. Ia amat berbeza dengan tingkah laku sebenarnya!
Menurut Nabil, perubahan itu dilakukan kerana dia ingin berubah dan mahu menjadikan perkara ini sebagai satu pengajaran.

“Mungkin anak-anak kecil akan tengok. Mungkin ia akan jadi pengajaran untuk semua orang. Jadi nak berubah jadi baik,” katanya ketika mengacarakan program nyanyian itu, Ahad lalu.
Kejanggalan sikap Nabil itu secara tidak langsung telah mencuri perhatian ramai dan membuatkan mereka tergelak terhadap perubahan drastik berkenaan.
Ia termasuklah juri tetap GV4 iaitu Datuk Ramli MS atau dikenali sebagai Tok Ram yang dilihat sempat menasihati Nabil agar lebih menjadi diri sendiri dan tidak mengambil kisah dengan tohmahan negatif orang ramai.

“Just be yourself. Kau bayar bil sendiri, bukan orang lain. Itu branding kau, but it’s okay,” tegurnya.
Terdahulu, Nabil pernah ditegur sebanyak dua kali oleh cef selebriti, Prof. Datuk Chef Wan kerana beranggapan sikap lelaki itu agak keterlaluan ketika mengacarakan program realiti berkenaan.
BACA : Pengacaraan Nabil Dan Jihan Di Gegar Vaganza Dikritik?
BACA : Chef Wan Tuduh Nabil Jadi Perosak Bangsa?

Namun, kedua-dua belah pihak telah tampil memberi kenyataan masing-masing berhubung perkara berkenaan.
BACA : Status Berbaur Hasutan, Nabil ‘Warning’ Chef Wan
BACA : Kena Tegur, Chef Wan Minta Nabil Jangan Melatah
Hmmm… Tak tahu nak komen apa. Apapun, jangan lupa saksikan suara-suara hebat menggegarkan pentas GV4 pada setiap hari Ahad bermula jam 9 malam hanya di Astro Ria hokehhh!– MYNEWSHUB.CC/AM