Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Alhamdulillah, Syukur” – Azmin

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, melahirkan...

Banjir: 3 Sekolah Rendah...

MIRI - Tiga sekolah rendah melibatkan seramai 444 murid di pedalaman Sarawak tidak...

DAP Sedia Bersendirian Di...

KUALA LUMPUR - DAP bersedia berjuang sendirian di Sarawak tanpa Pakatan Harapan dalam...

Usaha Cari MH370 Tetap...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan usaha...

Chef Wan Tuduh Nabil Jadi Perosak Bangsa?

YANG seorang ni minta ditegur, tetapi apabila sudah tegur lain pula jadinya. Seorang tu lagi pula bila dah diberi green light untuk menegur, over pula jadinya.

Haihh… Sampai ke sudah lah isu antara Prof. Datuk Chef Wan dengan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad ni akan berlarutan kalau masing-masing taknak mengalah.

Semalam, Chef Wan memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya dengan menulis caption menegur cara pengacaraan Nabil buat kali yang kedua selepas beberapa minggu konsert Gegar Vaganza 4 bersiaran.

“Saya jumpa Nabil di GV minggu kedua, dia salam saya serta minta maaf dan dia akan terima segala teguran saya selepas ditegur malam itu.

“Tapi buat apa dia minta maaf dan sekarang buat balik? Manusia ni kalau dah rasa dia bagus, mesti takkan nampak kesalahan sendiri sampai bangga dah jadi pengacara selama empat musim,” tulisnya.

Kali pertama Chef Wan menegur cara Nabil ialah kerana dia menganggap pelawak itu agak kurang ajar kerana menyampuk dan sering membuat lawak ketika juri tetap sedang memberikan komen.

Dalam masa yang sama, cef selebriti itu juga menyifatkan Nabil sebagai biadab dan khuatir jika sifat Nabil yang menyampuk ketika orang tua sedang bercakap akan menjadi ikutan anak muda serta memberi pengaruh negatif.

Akibat tidak tahan dengan mulut laser Chef Wan setelah ditegur kali kedua, Nabil telah membuat satu video yang meluahkan rasa kekecewaannya ekoran teguran secara terbuka yang dilakukan oleh cef tersebut di laman Instagram miliknya.

“You need some attention? Okay I’ll give you some. Terima kasih kerana tegur saya inshaa Allah, saya akan praktikkan teguran tu.

“Cara datuk nasihat saya dekat Instagram bukak ruang untuk orang hina dan caci saya,” katanya di dalam video tersebut.


Sebelum ini, ketika pertama kali Chef Wan menegur Nabil, dia telah menerima banyak kritikan dan hinaan daripada netizen yang dalam masa yang sama ingin hentam pelawak yang mempunyai dua anak itu.

Namun dalam masa yang sama, masih ada lagi yang memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Adakah wajar dia menuduh saya menjadi penyebab kepada masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak seperti yang dibangkitkannya?

“Tindakannya itu membuatkan saya malu, apatah lagi saya ada ibu bapa dan anak-anak yang membaca kritikan tersebut,” luah Nabil.

https://www.youtube.com/watch?v=eMEMBfiQ09Q&feature=youtu.be&a=

Bagi pendapat kami sendiri, mungkin Chef Wan hanya ingin menegur cara pengacaraan Nabil yang kadang kala nampak seperti agak kasar sedikit kerana sering menyampuk ketika juri sedang memberi komen.

Tapi dalam masa yang sama, cara teguran yang digunakan itu agak tidak betul yang mana akan membuatkan lebih ramai menghina Nabil sehingga menjatuhkan maruahnya.

Bagaimanapun, Nabil pun kena juga terima setiap teguran yang diberikan. Yelah, sebagai pengacara, Nabil kena pandai kawal keadaan, lagi-lagi ketika siaran lansung.

Apa pun, mudah-mudahan mereka berdua dapat menyelesaikan hal ni. Netizen pun dah semakin ramai yang menyibuk tambahkan perasa nak jatuhkan orang lain.

Yang sokong Nabil dan Chef Wan pun sama-sama naik. Masing-masing nak pertahankan selebriti yang mereka suka. Jangan sampai sibuk nak bela orang lain, diri sendiri tak terbela sudah. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori