• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos PNB Jadi Penerima Pertama Myvi Baharu Dibeli

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan kelmarin, membuat serahan pertamanya semalam kepada pelanggan pertamanya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Myvi serba baharu itu yang menerima tempahan berjumlah 6,000 unit sehingga pukul 8.00 malam 17 November, memulakan serahannya seawal pukul 8 pagi pada hari yang sama, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Syarikat kereta kompak pilihan utama rakyat Malaysia itu membuka tempahan bagi model tersebut pada 9 November.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr.) Aminar Rashid Salleh berkata syarikat itu terus komited memaksimumkan serahan kereta tersebut bagi memastikan Perodua Myvi serba baharu itu dapat diserahkan dengan cepat kepada pemilik masing-masing.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata beliau amat berbangga menjadi pelanggan pertama membuat tempahan dan menerima serahan pertama Perodua Myvi serba baharu itu pada pagi Jumaat.

“PNB sememangnya berbangga dengan pencapaian Perodua, syarikat penerima pelaburan kami. Mereka benar-benar layak memegang status syarikat kereta nasional. Tahniah kepada pasukan di Perodua,” kata Abdul Wahid.

Generasi pertama Perodua Myvi diperkenalkan pada 2005 dan lebih sejuta unit telah dikeluarkan antara 2005 dan 2017, menjadikannya model Perodua paling popular dalam sejarah.

Sejak Agos 1994 Perodua telah mengeluarkan lebih 3.2 juta unit kenderaan pelbagai model. – BERNAMA

Tags: myviPerodua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd