• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permintaan Sup Sirip Ancam Populasi Jerung

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Permintaan tinggi bagi sirip yu menyebabkan kemerosotan mendadak populasinya, termasuk di perairan Sabah, sehinggakan sesetengah spesies itu hampir pupus akibat penangkapan berlebihan.

Ketua Program Marin World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia Dr Robecca Jumin berkata, jerung atau yu masih dijual di pasar-pasar di negeri ini dan terdapat foto-foto untuk membuktikan sirip yu dijual untuk memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa bagi shark fin soup (sup sirip yu).

Satu laporan baharu oleh Oceana, organisasi antarabangsa terbesar yang memperjuangkan pemuliharaan kehidupan laut menganggarkan 100 juta ekor jerung dibunuh di seluruh dunia setiap tahun dengan 73 juta daripadanya ditangkap khusus untuk siripnya dijadikan sup.

Ini masih berlaku walaupun kajian saintifik menunjukkan bahawa kebanyakan spesies yu penting dalam mengekalkan populasi sihat ikan lain dengan menyingkirkan ikan-ikan yang tua dan sakit, justeru menstabilkan ekosistem marin.

Populasi beberapa spesies yu yang terdapat di perairan Sabahseperti yu tukul sanggul (scalloped hammerhead), yang disenaraikan sebagai ‘terancam’ dalam senarai Nature Red List, International Union for Conservation semakin menyusut sehingga 90 peratus di sesetengah kawasan.

Sirip yu tukul parang (Hammerhead shark) lebih tinggi nilainya berbanding spesies lain kerana bilangan ruji siripnya yang banyak, oleh itu yu jenis ini menjadi sasaran di beberapa bahagian dunia. Ruji sirip adalah struktur keras yang menyokong bentuk sirip ikan, terdiri daripada tulang, rawan atau bahan seperti kolagen.

MELINDUNGI YU DI SABAH

Beberapa pertubuhan di Sabah sedang menjalankan kempen-kempen menyokong, memudahkan penyelidikan saintifik dan bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha mempercepatkan proses yang bakal menjamin perlindungan bagi populasi yu di Sabah.

Kumpulan-kumpulan berkenaan adalah Land Empowerment Animals People (LEAP), Persatuan Perlindungan Jerung Sabah (SSPA), Scuba Junkie SEAS, Shark Stewards, Scubazoo, Tropical Research and Conservation Centre (TRACC) dan WWF-Malaysia.

Kumpulan-kumpulan itu sedar bahawa kawasan perairan negeri ini yang sangat luas mungkin merupakan tempat perlindungan terakhir untuk kebanyakan spesies terancam.

“Mereka merayu kepada orang ramai di Sabah untuk menghentikan permintaan terhadap sirip yu. Permintaan tinggi bagi sirip yu akan menyebabkan penangkapan berlebihan, yang mana isi, kulit, tulang rawan dan minyak hati juga mendapat pasaran,” kata Dr Robecca.

Kumpulan-kumpulan itu sebelum ini menyatakan sokongan kepada usaha Jabatan Perikanan Sabah dan Persekutuan untuk menyenaraikan beberapa jenis yu tukul termasuk great hammerhead shark, smooth hammerhead shark, winghead shark, yu sirip putih (oceanic white tip shark), pari manta (oceanic manta) dan pari manta terumbu (reef manta) di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999, di bawah bidang kuasa Akta Perikanan 1985.

Kumpulan itu juga menamakan beberapa spesies lain – termasuk yu tukul sanggul (scalloped hammerhead), kesemua spesies thresher shark dan ikan pari hantu (devil rays), turut dipertimbang untuk disertakan dalam senarai berkenaan.

EMPURAU GANTI YU

Peraturan-peraturan, yang pada masa kini hanya melindungi yu paus (whale shark) dan yu gergaji (sawfish) menyatakan bahawa tidak seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport atau mengangkut mana-mana spesies ikan yang terancam kecuali dengan kebenaran secara bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan.

Sementara itu, Pengerusi SSPA Aderick Chong berkata sirip yu sebenarnya tidak mempunyai sebarang khasiat pemakanan dan boleh membahayakan pengguna kerana terdapat bio toksin seperti merkuri yang jika dimakan dalam jumlah yang banyak untuk tempoh tertentu boleh mendatangkan mudarat.

“Kita berada pada satu tahap di mana sudah tidak ada pilihan lagi kecuali memberhentikan pengambilan sup sirip jerung serta sebarang makanan yang berasaskan yu. Jika prestij atau norma sosial merupakan alasan untuk menyediakan sup sirip yu pada majlis-majlis umpamanya perkahwinan, masih terdapat pilihan lain iaitu Empurau, sejenis ikan yang tidak terancam, yang sangat tinggi nilainya,” kata beliau.

Empurau yang dikenali sebagai Raja Ikan Sungai adalah sejenis ikan air tawar dan harganya boleh mencecah RM2,000 sekilogram. Banyak didapati di Sabah dan Sarawak, empurau adalah spesies kelah, namun yang membezakannya dengan kelah di Semenanjung adalah kerana terdapatnya cuping panjang di bawah mulutnya. Isi ikan ini dikatakan lembut, enak dan harum kerana makanannya hanyalah buah-buahan liar.

SSPA menjadi hos pameran awam di Imago Shopping Mall pada 11 Nov dengan kerjasama Go Seafood Sdn Bhd yang turut bekerjasama dengan beberapa chef restoran-restoran terpilih untuk menyediakan pelbagai hidangan yang sesuai berasaskan empurau. Hidangan untuk menggantikan yu itu diketengahkan ketika acara berkenaan. – BERNAMA

Tags: ikan jerung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Model Terselamat Dari Diserang Jerung

12/07/2018
0

SEORANG model Instagram dari California bernasib baik kerana masih hidup selepas diserang oleh jerung ketika sedang berenang di pantai di...

Dron Selamatkan Budak Dari Dibaham Jerung

14/02/2018
0

SETIAP kali bermandi-manda di laut, perkara yang paling terakhir yang dimahukan oleh orang ramai tentunya adalah kehadiran ikan jerung! Kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd