• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Pantau Aktiviti Penceramah Agama

oleh Ahmad Albab
10/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti sentiasa memantau aktiviti penceramah agama di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia negeri Khairi Hassan berkata setiap penceramah sama ada dari dalam atau luar Perlis yang hendak memberi ceramah di negeri ini, perlu mendapat tauliah daripada jabatan berkenaan.

“Permohonan tersebut perlu dibuat oleh pihak penganjur dan penceramah sendiri. Jika ceramah dibuat tanpa kebenaran, kedua-dua pihak boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya kepada Bernama bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di parlimen Rabu lalu.

Semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir berkata pemberian tauliah tertakluk kepada bidang kuasa jabatan agama negeri masing-masing.

Khairi berkata bagi penceramah tempatan di negeri ini, mereka diberi tauliah setahun sekali untuk membolehkan mereka berceramah atau mengajar agama di masjid atau surau serta melalui siaran radio tempatan.

“Tujuan pendekatan ini dibuat adalah untuk memastikan setiap ceramah atau pengajaran agama Islam di negeri ini tidak bercanggah daripada ajaran Islam sebenar berpandu kepada Sunah Waljamaah yang berpegang kepada al-Quran dan hadis,” katanya. – BERNAMA

Tags: penceramahPerlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Tahun Baju Tidak Berbasuh Akibat Sakit

Next Post

Presiden PAS Dedah Dalam Pakatan Ada Penyangak

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

Next Post

Presiden PAS Dedah Dalam Pakatan Ada Penyangak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd