• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Mula Laksana Sekolah Agama Petang Tahun Depan

oleh
03/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) akan mula dilaksanakan tahun hadapan bagi didik dan bentuk murid Islam ke arah perkembangan fitrah insan selaras serta bertepatan dengan kehendak al-Quran dan as-Sunah.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, SAPPs akan dilaksanakan pada setiap petang Jumaat selama tiga jam di sekolah atau premis KAFA di seluruh negeri itu.

“Murid tahun satu, sesi 2018 akan menjadi perintis program SAPPs ini. Antara skop yang akan diajar dalam SAPPs merangkumi bidang Akidah, Ibadah dan Akhlak,” titah baginda pada Majlis Apresiasi KAFA dan Tadika Islam Peringkat Perlis di sini hari ini.

Baginda bertitah, murid-murid akan didedahkan dengan ilmu Islam daripada sumber yang muktabar iaitu al-Quran dan sunah.

“Anak-anak di Perlis hendaklah mewarisi kefahaman yang jelas tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipegang dan diamalkan di negeri ini.

“Mereka merupakan pewaris kita, usaha pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan hal ini hendaklah dipertingkatkan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kurikulum yang akan diajar dalam SAPPs dipilih dan dinilai terlebih dahulu berdasarkan pandangan fikh terbaik berpandukan kekuatan dalil yang sahih.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu Asyraf Wajdi berkata, kerajaan pusat sentiasa prihatin dan memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk pembangunan pengajian agama Islam di negara ini.

Beliau berkata, peruntukan untuk guru KAFA misalnya, sentiasa meningkat setiap tahun bagi memastikan usaha melahirkan generasi celik ilmu agama berjaya.

Katanya, ketulenan Islam tidak menafikan hak agama-agama lain sebaliknya menjadi teras kepada kekuatan bangsa pelbagai kaum di negara ini. – BERNAMA

Tags: PerlisRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd