• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjuangan Tun Husein Onn Masih Relevan

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prinsip perjuangan yang dipegang Perdana Menteri Ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn ketika memimpin negara masih relevan untuk diguna pakai dalam pembangunan negara selaras dengan ​​​​Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Allahyarham bapanya itu komited melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan melebihi diri sendiri, meletakkan perpaduan sebagai teras kejayaan negara, bangsa dan sentiasa memastikan kedudukan Malaysia setanding dengan negara luar.

“Ketiga-tiga perkara ini penting dan dilihat relevan hari ini dalam konteks menuju ke arah negara maju dan TN50 dari segi kesungguhan, kejujuran, integriti dan komitmen ketika melaksanakan amanah, perpaduan dengan dunia yang semakin mencabar berikutan pelbagai isu yang boleh memecah belah kedudukan Malaysia dalam dunia tanpa sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bangunan Memorial Tun Hussein Onn (MTHO) di sini hari ini daripada pihak kontraktor kepada Arkib Negara yang turut dihadiri Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Azemi Abdul Aziz.

Beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata bangunan ikonik baharu MTHO di Bukit Perdana yang menerapkan teknologi hijau itu melambangkan keperibadian Allahyarham sebagai Bapa Perpaduan negara.

“Seni bina moden yang berterapkan nilai kesederhanaan ini turut mencerminkan keperibadian ayahanda saya. Saya dan keluarga berterima kasih kepada kerajaan dan pihak terlibat dalam usaha mengenang arwah dalam memorial yang cukup istimewa ini dan ia merupakan hadiah yang menyentuh kami sekeluarga.

“Saya berharap memorial ini akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama bangunan Memorial Negarawan yang turut terletak bersebelahan bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman ini,” katanya.

Sementara itu, Azemi berkata bangunan ikonik empat tingkat yang bernilai kira-kira RM39 juta bagi menggantikan bangunan asal MTHO di Kompleks Bukit Perdana itu menjadi bangunan hijau pertama bagi Arkib Negara yang mendapat pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

“MTHO ini dibina pada Julai 2015 dan siap sepenuhnya 13 Sept lalu yang mana terbahagi kepada beberapa galeri yang menempatkan barangan peribadi milik Allahyarham Tun Hussein Onn dan konsep pameran MTHO ini adalah berdasarkan peristiwa mengikut kronologi dari awal termasuk era kepimpinan Tun sebagai perdana menteri hingga ke akhir hayat beliau,” katanya.

Azemi berkata, MTHO dibuka setiap Selasa hingga Ahad kepada orang awam mulai esok dari 9 pagi hingga 5 petang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinTN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd