• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjalanan Hidup Rasulullah Terap Teknologi 3 Dimensi, Hologram

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pameran Rehlah Nabawiyyah atau perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW di Kompleks Taman Seni Islam Selangor di sini, menjanjikan pengalaman yang berbeza kepada para pengunjung kerana menerapkan teknologi tiga dimensi dan hologram.

Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata pameran yang mempunyai 21 segmen itu akan membawa pengunjung menyelusuri perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW bermula sebelum baginda lahir, peristiwa dan peperangan penting dalam Islam, replika rumah, barangan peribadi sehingga kewafatan baginda.

“Dalam pameran di ruang seluas kira-kira 1,858 meter persegi ini, setiap segmen ada menyelitkan persembahan maklumat mengenai sesuatu peristiwa dalam format antaranya tiga dimensi, video, lukisan, dan replika.

“Ruang pameran ini mampu memuatkan seramai 300 pengunjung dalam satu-satu masa dan Yayasan Restu menyasarkan seramai sejuta pengunjung dari dalam dan luar negeri akan datang ke pameran ini yang bermula 18 Nov lepas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pameran yang menelan belanja kira-kira RM1 juta itu menggunakan kepakaran anak tempatan dan penganjurannya dirancang sejak tiga tahun lepas dengan kajian dan penyelidikan dilakukan di Makkah dan Madinah.

Pameran itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dengan tiket berharga RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak, warga emas serta Orang Kelainan Upaya. – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Latiff Mirasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd