• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Red26 Bukan Sebab Politik

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Perhimpunan RED26 di Tawau semalam bukan didalangi parti politik atau individu yang memiliki agenda tersembunyi, kata Timbalan Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Abdul Gani Zelika.

Beliau berkata tafsiran liar mengenai perhimpunan itu tidak penting kerana mesej perhimpunan itu lebih tinggi nilainya dengan mengajak semua etnik perlu cintakan perpaduan dan menentang perkauman.

“Cetusan idea adalah kita sepakat memulakan perhimpunan ini disebabkan kenyataan liar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak bertanggungjawab kerana wajarkah seseorang dalam pentas umum menghina asal usul, keturunan dan leluhur individu. Budaya apakah ini?” katanya kepada Bernama.

Abdul Gani yang juga Pengerusi Penganjur Bersama Perhimpunan RED26 itu berkata kenyataan Dr Mahathir yang mengaitkan Bugis sebagai lanun bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat Bugis di negara ini tetapi melangkaui sempadan negara.

Kira-kira 5,000 masyarakat Bugis menghadiri Perhimpunan RED anjuran bersama Persatuan Rumpun Bugis SeMalaysia (PRBS) yang diadakan secara aman sebagai tanda solidariti supaya Dr Mahathir memohon maaf kerana mengaitkan keturunan Bugis sebagai lanun. – BERNAMA

Tags: Abdul Gani ZelikaPerhimpunan RED26
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd