• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Wujud Lembaga Khas Kawal Selia Pulau Pangkor

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri akan mewujudkan satu lembaga atau entiti berkepentingan bagi mengawal selia Pulau Pangkor yang diumumkan sebagai destinasi bebas cukai di Malaysia dalam pembentangan Bajet 2018 bulan lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengetahui cara pengendalian, pengawasan selain pentadbiran yang bakal dilaksanakan nanti.

Katanya kerajaan negeri juga akan menjadikan Pulau Langkawi, Labuan, Pulau Tioman dan Tasik Kenyir sebagai rujukan atau model kepada pembentukan pulau bebas cukai itu.

“Kita masih belum membuat keputusan dari sudut siapa atau badan mana yang akan mengawal selia lembaga itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Menurut Zambry, selain penubuhan lembaga atau entiti itu, kerajaan negeri juga akan mendapatkan penerangan lanjut daripada Kastam berhubung barangan yang mungkin boleh disenaraikan sebagai bebas cukai.

“Setakat ini apa yang kita rasakan sesuai untuk diniagakan di sana lebih melibatkan peralatan elektrik, makanan, aksesori dan sebagainya namun ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Kastam,” katanya.

Selain itu, Zambry yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berharap penubuhan lembaga atau entiti khas itu kelak akan memberi impak positif sekali gus menambah bilangan pelancong ke Pulau Pangkor.

“Apabila ada sebuah entiti maka ia bertanggungjawab sebagai wakil atau pemudah cara kepada kerajaan negeri selain kerajaan pusat bagi memastikan kedudukan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai dapat dilaksana sekali gus memberi impak positif kepada pelancong,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata tindakan beberapa rangkaian hotel antarabangsa melarang pekerja wanita di bahagian khidmat pelanggan memakai tudung adalah biadap selain tidak peka terhadap kepelbagaian bangsa dan agama rakyat di negara ini.
“Saya tak faham mengapa ada pihak beri cadangan yang agak ketinggalan ini dan disokong pula oleh persatuan yang datangnya dari negara sendiri.

“Tindakan ini agak terkebelakang, bukan ke hadapan dan saya berasa kecewa dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan itu,” katanya dan menambah setakat ini tiada aduan diterima daripada mana-mana individu di Perak berkaitan polemik tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd