• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peperiksaan SPM 2017 Bermula Hari Ini

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 443, 883 calon di seluruh negara memulakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 hari ini dengan Bahasa Melayu Kertas 1 sebagai mata pelajaran pertama yang diduduki.

Peperiksaan yang diadakan di 3,363 pusat peperiksaan itu dijadual berlangsung sehingga 4 Dis.

Sebahagian calon mengambil kesempatan mengulang kaji pelajaran sebelum melangkah ke dewan peperiksaan manakala ibu bapa dan guru turut dilihat memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Calon di Pulau Pinang dan Kedah tetap meneruskan peperiksaan meskipun kedua-dua negeri itu dilanda banjir dengan 23,114 calon menduduki SPM di 159 pusat peperiksaan di Pulau Pinang manakala 34,672 calon di Kedah menduduki peperiksaan di 261 pusat peperiksaan.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian sentiasa memantau secara dekat bencana banjir yang melanda dan sehingga kini ia tidak menjejaskan persediaan bagi peperiksaan itu dijalankan.

Terdapat calon yang terjejas banjir dihantar ke sekolah menggunakan kenderaan yang disediakan pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan orang perseorangan.

Calon yang terllibat bencana itu turut dinasihat segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memudahkan bantuan disalur agar mereka dapat menduduki peperiksaan tanpa gangguan.

Selain itu, mereka juga dibenarkan menduduki peperiksaan di sekolah lain jika sekolah mereka dinaiki air.

Sementara itu, 45,303 calon menduduki peperiksaan Penggal Tiga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 di 683 pusat peperiksaan bermula hari ini sehingga 9 Nov dan sehari lagi pada 14 Nov. – BERNAMA

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd