• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peperiksaan Penggal 3 STPM Bermula Isnin Depan

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 45,303 calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di 683 pusat peperiksaan seluruh negara, pada 6, 7, 8, 9 dan 14 Nov ini.

Majlis Peperiksaan Malaysian (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 44,819 adalah calon sekolah kerajaan, 222 calon sekolah swasta, 254 calon persendirian individu dan lapan calon sekolah kerajaan negeri.

Sementara itu, 50,011 calon pula akan menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2018 pada 15, 16, 20 dan 21 Nov di 670 pusat peperiksaan.
Daripada bilangan itu, 49,746 adalah calon sekolah kerajaan, 168 calon sekolah swasta, 80 calon persendirian individu dan 17 calon sekolah kerajaan negeri.

Selain itu, MPM memaklumkan bahawa peperiksaan Ulangan Penggal 1 STPM 2017 yang melibatkan 41,078 calon, akan diadakan pada tarikh yang sama dengan peperiksaan Penggal 1 STPM 2018.

Peperiksaan Ulangan Penggal 2 STPM 2017 pula diadakan pada 22, 23, 27 dan 28 Nov dengan 40,289 calon.

Dalam kenyataan itu, MPM memaklumkan bahawa Ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Nov 2017, akan berlangsung Sabtu ini (4 Nov) di 483 pusat ujian yang melibatkan 48,065 calon.

MPM menasihati calon supaya sentiasa membawa kad pengenalan selain slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM dan Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi MUET semasa hadir menduduki peperiksaan.

Calon boleh mencetak slip LPKC dan MUET/D dan memastikan lokasi pusat peperiksaan masing-masing melalui portal MPM di laman web http://www.mpm.edu.my.

Jika calon menghadapi sebarang bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh hingga sukar untuk sampai ke pusat peperiksaan, calon dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan itu bagi menduduki kertas peperiksaan hari berkenaan.

Bilik Gerakan MPM akan dibuka dan beroperasi dari 7 pagi hingga 5 petang, bagi menghadapi sebarang kemungkinan semasa peperiksaan STPM dan MUET.

Ia boleh dihubungi melalui talian telefon 03-61261668, 03-61261600, 03-61261650, 03-61261651, 03-61261653, 03-61261661 atau 03-61261662.
– BERNAMA

Tags: peperiksaanSTPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

04/01/2025
0

JOHOR BAHRU - Dua beradik yang masing-masing calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd