• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penonton Obses, ‘Cinta’ Zul & Farah Dalam Drama Sahaja

oleh
08/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENONTON drama zaman ini dilihat semakin taksub dengan hero dan heroin sesebuah drama rantaian di televisyen.

Jika sebelum ini drama lakonan Fattah Amin, Neelofa dan Fazura mencetuskan fenomena luar biasa, kini penonton sudah beralih pula dengan pasangan hero dan heroin drama Titian Cinta, iaitu Zul Ariffin dan Farah Nabilah.

Sebagai pendatang baharu, Farah Nabilah Saipuddin atau Farah Nabila agak terkejut apabila ada peminat yang mengharapkan agar hubungan cintanya dengan Zul Ariffin ketika di dalam drama itu dapat direalisasikan ke dunia realiti.

Farah Nabilah

“Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

“Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu,“katanya dipetik daripada mStar Online.

Baru-baru ini, ada satu kes melaporkan mengenai kejadian pembunuhan dipercayai kerana terlampau terpengaruh dengan adegan yang ditunjukkan di dalam drama adaptasi novel itu.

Menurut Farah yang merupakan juara Program Pencarian Wajah Aurawhite(PWA) 2015, dia mengakui sangat terkejut dengan kejadian tersebut dan sangat berharap agar penonton tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana drama yang ditonton di televisyen.

“Saya terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu dan berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di TV.

“Apa yang disaksikan di televisyen adalah berbeza dengan dunia realiti dan jangan mudah terpengaruh.

“Anggaplah itu hanya sekadar hiburan dan tak mahulah sampai wujud kesan negatif kepada masyarakat,” tambah gadis cantik berusia 25 tahun itu.

Drama Titian Cinta merupakan hasil tulisan Ridhya Iman dan diarahkan oleh Heykal Hanifah serta dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusof, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Arash Mohamad, Tisha Shamsir dan ramai lagi.

Farah kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama Adam dan Hawa 2 serta bakal memulakan penggambaran telefilem khas iaitu Titian Cinta Raya tidak lama lagi.

Diharapkan para penonton dapat membezakan yang mana satu rekaan dan realiti. Sebenarnya apa yang tertulis di dalam novel, tak semestinya berlaku di dalam dunia realiti. Jelas menunjukkan bahawa novel itu hanya imaginasi si penulis!-MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: bercintadramaFarah NabilahfenomenaObsesTitian CintaZul Ariffin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukarelawan Skim Rondaan Sukarela Wajar Diberi Elaun

Next Post

Pasca Banjir: Kedah Hantar 200 Sukarelawan

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

Polis Siasat ‘Drama’ Pasangan Kekasih Warga Asing Tepi Kolam

18/02/2024
0

SUBANG JAYA - Tindakan seorang lelaki menarik rambut dan mengheret kekasihnya ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Jalan...

Pekerja Asing Perlu Jalani Tiga Saringan Kesihatan Baharu Termasuk Pengesanan Dadah

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

28/12/2023
0

MACHANG: Fenomena air hijau di Kampung Kuala Hau bukan situasi luar biasa berikutan sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila...

Next Post

Pasca Banjir: Kedah Hantar 200 Sukarelawan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd