• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenamaan Ipoh City Teruskan Kesinambungan

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri sedang berusaha menjenamakan bandar raya Ipoh atau Ipoh City sebagai produk baharu pelancongan sekali gus meneruskan kesinambungan kempen Tahun Melawat Perak 2017.

Pengerusi Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata langkah ini akan meningkatkan ekonomi negeri ke tahap lebih baik dan pada masa sama memperkenalkan Ipoh setanding bandar besar seperti Kuala Lumpur, Hong Kong serta New York.

Antara lokasi yang terlibat adalah Dataran Dato’ Sagor, Taman Rekreasi Gunung Lang, Taman Dr. Seenivasagam, Ipoh Heritage Trail, Ipoh Tourist Information Centre (ITIC) dan Kinta Riverfront Park.

“Setiap tempat itu ada keunikan tersendiri yang digabungkan dengan elemen budaya dan seni. Kemudahan seperti kafe hipster, aktiviti berbasikal, acara seni dan sebagainya turut ditawarkan,” katanya ketika berucap pada Malam Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2017 di sini, malam tadi.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selain beliau turut menyampaikan anugerah kepada 32 penerima terdiri daripada pelbagai bidang termasuk perhotelan, makanan, restoran dan kraftangan.

Nolee Ashilin berkata semua pihak termasuk masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan penjenamaan Ipoh City akan meningkatkan lagi kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke Perak.

Sementara itu, Zambry berkata beliau mahu kempen berkaitan pelancongan diperbanyakkan bagi memberi kefahaman dan peluang kepada rakyat negeri untuk menjana keuntungan daripada sektor tersebut.

Katanya perkara itu ditekankan kerana sektor pelancongan mempunyai skop yang luas selain tidak hanya tertumpu kepada bidang perhotelan dan produk pelancongan semata-mata.

“Masyarakat boleh majukan sektor makanan, jalankan perniagaan daripada sudut pengangkutan, penghasilan kraftangan dan lain-lain lagi. Industri ini tidak terhad hanya kepada pengusaha hotel dan produk pelancongan semata-mata,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

Jangan Tutup Pintu Pelancongan Langkawi – Armishah

14/01/2022
0

LANGKAWI : Kerajaan Pusat diminta tidak mengambil tindakan menutup pintu pelancongan ke pulau peranginan ini berikutan penularan varian, Omicron di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd