• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Johor Terima Imbuhan Lebih RM1,500

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Penjawat awam Johor dijangka menerima bayaran khas melebihi RM1,500 yang bakal diumumkan dua minggu lagi pada pembentangan Bajet Negeri 2018.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani bagaimanapun berkata jumlah sebenar bayaran hanya akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika pembentangan bajet itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 November ini.

“Kerajaan negeri menjamin bayaran khas untuk penjawat awam Johor adalah lebih baik daripada apa yang dinyatakan kerajaan persekutuan sebelum ini.

“Ini sebagai penghargaan kepada semua penjawat awam Johor,” kata beliau kepada pemberita selepas Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa serta kira-kira 2,700 penjawat awam di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini, terdapat 16,612 penjawat awam negeri dan 121,335 penjawat awam persekutuan berkhidmat di Johor.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam persekutuan.

Bayaran itu, katanya, akan diberikan sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari depan dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Katanya, kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750 turut diberikan iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri. – BERNAMA

Tags: Bonus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah...

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

27/11/2023
0

Kuala Terengganu : Bonus kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di Terengganu akan diumumkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd