• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penilaian Rakyat Terhadap Khidmat PBT Cermin Prestasi

oleh AK-47
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Penilaian rakyat terhadap perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) mencerminkan prestasi kerajaan secara keseluruhan baik di peringkat negeri juga persekutuan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Justeru beliau berkata PBT memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang cekap serta cepat terutamanya ketika menghadapi keadaan mencabar dengan pertambahan penduduk di sesuatu kawasan.

“PBT merupakan salah satu agensi kerajaan yang beroperasi di peringkat akar umbi atau mempunyai ruang lingkup perkhidmatan yang amat luas merangkumi pelbagai aspek termasuk isu setempat, orang awam, sosial dan pembangunan.

PBT juga merupakan agensi di barisan hadapan yang perlu memberi tumpuan khusus pada perkhidmatan yang lebih cekap bagi memastikan proses pembangunan di kawasan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Vista Alamanda, Bangunan Pejabat Baharu Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), di sini yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin Shadan Othman.

Bangunan pejabat tiga tingkat itu dibina dengan kos lebih RM12 juta di atas tanah berkeluasan 4.05 hektar dan mula beroperasi pada 16 Okt lepas.

Idris berkata bangunan pejabat baharu MPJ itu merupakan agensi kerajaan yang pertama mendapat sijil pengiktirafan ‘Melaka Green Seal’ berdasarkan ciri bangunan dan pelbagai teknologi hijau yang diguna pakai termasuk penggunaan tenaga solar, sistem penuaian air hujan, lampu jimat tenaga dan guna semula bahan.

Mengulas mengenai pembangunan daerah Jasin, beliau berkata Jasin mampu menjadi sebuah daerah yang lebih maju dengan pelbagai pembangunan dan infrastruktur yang lebih terancang serta mampu meningkatkan ekonomi dan sosial setempat.

“Saya lihat masih banyak lagi kawasan di daerah Jasin ini yang berpotensi untuk dibangunkan dan ia tidak mustahil mampu menjadi sebuah daerah yang pesat dan maju,” katanya.

Beliau berkata melalui kerajaan negeri, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi merancakkan pembangunan daerah Jasin termasuk pembinaan Universiti Teknologi Mara di Semujuk, pembangunan bandar Jasin Bestari, kawasan perindustrian Elkay di Lipat Kajang.

Katanya selain itu beberapa pembangunan yang masih dalam perancangan seperti pembangunan bercampur di persimpangan Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin di Merlimau yang akan dilengkapi terminal bas dan teksi yang lebih komprehensif, pembangunan tambahan Hab Halal di Serkam dan pembangunan pelabuhan di Umbai. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd