• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Jangan Naikkan Harga Barang Musim Banjir

oleh Ahmad Albab
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Peniaga khususnya di negeri yang dilanda banjir diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sebaliknya membantu meringankan beban mangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peniaga sepatutnya membantu rakyat yang menghadapi banjir bukan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang demi mengaut keuntungan.

“Peniaga yang didapati menaikkan harga barang pada musim banjir boleh dilabelkan sebagai lintah darat iaitu pengkhianat kepada rakyat. Peniaga sepatutnya berkorban membantu rakyat seperti kejadian (banjir) yang berlaku di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Berkhatan Perdana Parlimen Larut yang disertai 317 kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun di perkarangan Hospital Selama di sini hari ini.

Katanya pada musim tengkujuh nelayan tidak dapat turun ke laut menyebabkan harga barang naik tetapi peniaga tidak perlu menaikkan harga barang sehingga berlipat ganda yang tidak mampu dibeli oleh rakyat.

Hamzah berkata rakyat perlu memaklumkan kepada KPDNKK sekiranya terdapat peniaga yang tidak beretika menaikkan harga barang.

Dalam pada itu, Hamzah berkata KPDNKK akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memastikan barangan keperluan mencukupi dan tidak berlaku kenaikan harga barang.

“Kementerian akan memastikan barangan seperti tepung, gula, minyak masak dan gas mencukupi manakala pembekal memastikan orang tengah dan peniaga tidak mengaut keuntungan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd