Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Lelaki Rompak Wanita OKU...

Kota Bharu - Seorang lelaki tergamak merompak barang kemas milik seorang wanita orang...

Jasad Peniaga Wanita Maut...

GEORGE TOWN - Jasad ahli perniagaan wanita Ruby Lee Poh Ai, yang maut...

Dron Makhluk Asing Berlegar-Legar...

PEGAWAI polis Sepanyol sedang mengambil gambar kenderaan mereka ketika cahaya daripada siren menunjukkan...

Bekas MB Selangor Abdul...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata...

Pengutip Besi Buruk Curi Tangga Dipenjara

KUALA LUMPUR – Padah mencuri dua tangga aluminium, seorang pengutip besi buruk dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fakry Ariffin, 27, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah mencuri dua tangga aluminium milik Lean Tam Hen, 58, di hadapan sebuah rumah, di Sungai Way, dekat sini pada 9.15 pagi 5 Okt lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 5 Okt lepas.

Muhammad Fakry didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Hamzah Zulkifli merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman berbentuk pemenjaraan yang singkat dengan alasan tertuduh tidak mampu membayar denda jika dikenakan hukuman denda.

“Tertuduh mempunyai penyakit paru-paru berair dan hanya memungut kotak dan besi buruk bagi menyara ibunya yang uzur,” katanya.


Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman berbentuk pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, jiran Lean telah menahan tertuduh dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan mereka dan selepas ditanya, Muhammad Fakry mengaku dia mencuri tangga berkenaan. – BERNAMA

Kategori