• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Kosmetik Bersaing Dalam Pasaran Antarabangsa

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengusaha kosmetik tempatan perlu merebut peluang untuk bersaing dalam pasaran produk kosmetik halal dunia, yang mampu menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk itu.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata ini berikutan senario pasaran kosmetik global kini semakin terbuka dan mengalu-alukan keperluan kosmetik halal.

“Tambahan pula, hampir satu perempat daripada penduduk dunia beragama Islam, sekali gus menjadikan pasaran halal global antara yang terpenting,” katanya pada Majlis Sepetang Bersama Pengusaha Produk Kecantikan dan Kesihatan Buatan Tempatan di sini hari ini.

Beliau berkata industri kosmetik halal di negara ini telah berkembang kukuh sejak 1980 dengan perkongsian 10 hingga 20 peratus daripada keseluruhan pasaran kosmetik tempatan.

Menurutnya, produk kosmetik merupakan antara lima eksport utama Malaysia bagi industri gaya hidup dengan nilai RM1.25 bilion pada tahun lepas, manakala nilai eksport keseluruhan berjumlah RM12 bilion antara 2011 hingga 2016.

Rosmah berkata pengusaha produk kecantikan dan kesihatan perlu sentiasa mementingkan kualiti produk dan memenuhi piawaian ditetapkan pihak berkaitan seperti Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan.

“Pengusaha juga digalakkan mencapai satu standard yang tinggi dalam penghasilan produk dan jika boleh, sehingga kepada piawaian antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, penghasilan produk sedemikian akan membolehkan mereka menjadi pemain industri yang dihormati dan lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Dalam hal ini, beliau berkata kerajaan dilihat sentiasa komited untuk membantu membangunkan industri kecantikan dan memperluaskan perniagaan serta pasaran. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR – “Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada ALLAH, yang dimakbulkan melalui doa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd