• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Didakwa Sebabkan Kematian Bayi 8 Bulan

oleh Ahmad Albab
06/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ketika dalam jagaannya, April lepas.

Tertuduh, Nora Suella Abd Latiff, 36, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar.

Dia didakwa menyebabkan kematian Muhammad Syahmi Naufal Muhammad Adam Tham dengan melakukan perbuatan gopoh atau cuai antara jam 11 pagi pada 19 April 2017 hingga jam 6.21 petang keesokannya di dalam rumahnya di Taman Meru di sini.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Sukhdave Singh, memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin RM2,000 atas alasan dia tidak bekerja manakala suaminya yang kurang upaya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menanggung tiga orang anak mereka.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis ini untuk tarikh sebutan semulan kes.

Media sebelum ini melaporkan, ibu mangsa dikatakan menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh jam 7 pagi pada 19 April 2017dalam keadaan tidak sihat dan semasa mengambilnya bayi itu didapati sudah tidak sedarkan diri.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di belakang kepala dipercayai dipukul serta dihentak objek keras dan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada hari berikutnya. – BERNAMA

Tags: bayiPengasuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Bulan Di Hospital Penyu, Puteri Tioman Kembali

Next Post

Malaysia Kutuk Insiden Tembakan Di Gereja Texas

Related Posts

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

12/05/2025
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam...

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

12/05/2025
0

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima...

Next Post

Malaysia Kutuk Insiden Tembakan Di Gereja Texas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd