• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dijel 10 Bulan Ceroboh Rumah Jururawat

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat menceroboh masuk ke dalam rumah seorang jururawat, seorang penganggur dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap K.Sathiraj, 25, selepas dia mengaku bersalah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki ke dalam rumah wanita berusia 24 tahun itu, yang bekerja di sebuah hospital, tanpa kebenarannya.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah unit kondominium di Sri Pandan Condominium, Jalan Pandan Mewah, di sini pada 2.15 pagi, 3 Oktober lepas mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa berada di dalam tandas, beliau terdengar bunyi bising di dalam rumahnya.

Seorang kawan lelaki mangsa, yang ketika itu berada di luar rumah mangsa, turut terdengar bunyi itu lalu masuk ke rumah mangsa dan pergi ke dapur untuk memeriksa namun tidak menemui sesiapa.

Rakan lelaki mangsa kemudian masuk ke bilik mangsa dan ternampak kelibat seseorang dan setelah memeriksa dia menemui seorang lelaki tidak dikenali iaitu tertuduh di hadapan pintu utama rumah mangsa.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tertuduh telah masuk ke dalam rumah mangsa dengan mengumpil tingkap di bahagian dapur.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kes pencerobohan rumah yang kerap berlaku di negara ini. — BERNAMA

Tags: cerobohjururawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

11/09/2024
0

Kota Bharu : Jururawat yang dipercayai memberi susu kepada bayi lelaki berusia 30 hari sebelum mangsa didapati meninggal dunia di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd