Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Indonesia Beri Bantuan Tunai...

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) memutuskan untuk memberikan bantuan langsung wang tunai...

Warga Emas Lemas Sungai...

AKSI sekumpulan pejalan kaki membentuk rantaian manusia untuk menyelamatkan seorang warga emas lemas...

Seorang Anggota STING Maut...

REMBAU - Seorang anggota polis Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) maut selepas...

Warga Permatang Pauh Diseru...

MESKIPUN ada usaha geng PKR cuba kacau sebelum kantoi ditahan polis, namun Perdana...

Pendidikan Di Tabika Kemas Terbaik, Terima Pengiktirafan

KUALA LUMPUR – Modul pendidikan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS dipertingkatkan mengikut keperluan semasa terutamanya pengisian nilai moral, semangat patriotik, keyakinan diri serta penghayatan dalam Pendidikan Islam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi menambah kualiti pendidikan awal kanak-kanak KEMAS khususnya berikutan senario semasa yang menunjukkan peningkatan gejala sosial dalam kalangan pelajar dan anak muda.

“Kerajaan komited menambah baik silibus pembelajaran Tabika KEMAS yang diselaraskan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan serta Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan, yang dibangunkan Kementerian Pendidikan bagi mentaksir perkembangan kanak-kanak.

“Mungkin secara zahirnya ramai yang melihat kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS ini seolah-olah tidak berkualiti kerana bayarannya sekitar RM10 ke RM20 sahaja, tetapi sebenarnya tahap pendidikan yang diberi tidak low-standard,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail Sabri menjawab soalan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) yang ingin mengetahui perkembangan serta tahap kualiti pendidikan Tabika KEMAS seluruh negara.

Menurut Ismail Sabri, Tabika KEMAS juga mempunyai guru-guru yang berkelayakan minimum dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak selain turut diiktiraf sebagai ‘One of Trusted Brand for Preschool Learning Centre’ bagi tahun 2017 oleh Readers Digest Asia.


Menurutnya sehingga kini seramai 8,694 daripada 11,823 orang guru KEMAS telah memiliki diploma berkenaan, manakala bagi yang tiada diploma, mereka diberi latihan khusus di bawah kementerian, selain menyasarkan semua guru berkenaan harus mempunyai diploma menjelang 2020.

Kepada soalan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) sama ada kerajaan akan memperluaskan permohonan perniagaan di Mara Digital kepada selain yang berstatus Bumiputera, Ismail Sabri berkata kementerian tidak merancang berbuat demikian.

Mara Digital yang merupakan pusat jualan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi peniaga Bumiputera, menerima permohonan yang amat memberangsangkan dalam kalangan Bumiputera yang masih menunggu giliran untuk berniaga di pusat itu.

Setakat ini, terdapat empat Mara Digital yang telah beroperasi iaitu di bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Jalan Raja Laut, Anggerik Mall Shah Alam serta dua lagi yang dibuka di Ipoh dan Kuantan dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak RM28.7 juta daripada keempat-empat pusat itu, katanya. – BERNAMA

Kategori