• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Rancang Pengeluaran Simpanan KWSP

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu bertindak mengeluarkan simpanan mereka dengan terburu-buru, tetapi merancang pengeluaran mereka bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia Datuk S. Gopinath yang membuat gesaan itu berkata pencarum harus berunding dengan pegawai KWSP dan meminta bantuan mereka dalam menyediakan dokumen yang perlu daripada berunding dengan ejen haram untuk pengeluaran segera.

“Perancangan yang betul diperlukan bagi mengelak pencarum menjadi mangsa kepada penipu yang mencari mangsa mereka menerusi media sosial dalam percubaannya memperdaya orang ramai,” katanya kepada Bernama.

Gopinath berkata demikian berikutan terdapat beberapa kes penipuan secara agresif menggunakan media sosial untuk mengumpan anggota KWSP supaya membuat pengeluaran simpanan mereka lebih awal.

Sindiket itu menyasarkan pencarum yang terdesak memerlukan wang tunai dengan cepat, dan sebagai balasan mereka meminta komisyen sebanyak 30 ke 60 peratus daripada jumlah pengeluaran.

Bahkan, sindiket terbabit juga menggunakan logo KWSP di akaun media sosial mereka sebagai usaha menipu orang ramai.

“Kami mendapati mereka yang tergesa-gesa mengeluarkan simpanan mereka pada umur 55 tahun kebanyakannya golongan kelas pertengahan yang mengalami masalah kewangan. Alasan mereka mendapatkan bantuan daripada ejen haram adalah kerana mereka tidak memenuhi syarat prosedur pengeluaran,” katanya.

Gopinath berkata KWSP perlu mewujudkan satu sistem yang membolehkan pengesahan dan kelulusan dibuat melalui telefon bimbit atau secara dalam talian.

“Ini akan menggalakkan ketelusan dan meningkatkan kebertanggungjawaban,” katanya. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd