• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penat Dikecam, Izham Minta Ustaz Ulas ‘Isu Cium’

oleh
08/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH dikecam oleh netizen kerana aksi ‘cium’ di tengah padang, kini sebagai suami, Izham Tarmizi telah mengambil keputusan untuk bertanyakan mengenai isu itu kepada orang yang lebih arif.

BACA: Netizen Kecam Mia Cium Pipi Suami Atas Padang

Malam tadi, isterinya iaitu pelakon Mia Ahmad telah memuat naik beberapa keping paparan skrin Whatsapp mengenai perbualan antara suaminya dengan seorang ustaz yang juga merupakan seorang imam yang mereka kenali.

Idzham telah bertanyakan kepada imam tersebut sama ada aksi spontan Mia yang mencium pipinya di khalayak ramai itu menyalahi sisi agama atau tidak.

Mia sendiri mengakui bahawa dia berasa sangat gembira dengan kemenangan yang diperoleh oleh pasaukan Johor Darul Takzim(JDT) selepas memanangi Piala Malaysia 2017 menentang pasukan Kedah pada Sabtu lalu.

Penjaga gol pasukan JDT itu turut berkongsikan video tersebut kepada imam yang dimaksudkan bagi memudahkan beliau memberi jawapan berkenaan isu itu.

“Saya nak tanya imam apa hukum seorang isteri cium pipi suaminya di kawasan terbuka?” soal Idzham di dalam perbualan itu.

Jika benar perlakuan mereka itu menyalahi hukum agama, dia sendiri akan meminta supaya semua pihak yang mempunyai video itu agar memadamnya dan dia juga akan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, imam tersebut telah menjelaskan kepada Idzham bahawa ciuman yang diberikan oleh Mia itu tidak menyebabkan sebarang dosa, tetapi sebaliknya jika ia telah menimbulkan perasaan seseorang atau nafsu kepada sesiapa yang melihat.

Jadi sudah ternyata bahawa isu cium di padang itu bukanlah satu dosa atau kesalahan besar yang perlu ditanggung oleh pasangan suami isteri itu.

Mungkin lepas ini netizen yang mulut macam ‘makcik bawang’ dah boleh berhenti menabur fitnah kononnya perbuatan mereka itu merupakan satu perkara yang berdosa sedangkan mereka ialah pasangan suami isteri yang sah.

Apa-apa pun, apa salahnya Mia cium Izham pun. Kan mereka suami isteri? Lagipun, dia cium suami sendiri, bukan suami orang!-MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: JDTMia AhmadMohd Izham Tarmizi Roslan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd