• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Bersepakat Melindungi Pekerja Migran

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Pemimpin 10 negara anggota ASEAN harI ini menandatangani Konsensus ASEAN bagi Perlindungan dan Penggalakan Hak Pekerja Migran bertujuan melindungi jutaan pekerja migran di seluruh Asia Tenggara.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang mempengerusikan sidang kemuncak itu tahun ini, mengiringi tetamunya termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menandatangani dokumen berkenaan di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan yang berlangsung selama tiga hari di sini.

Pemimpin-pemimpin ASEAN menandatangani perjanjian itu selepas sedekad Deklarasi Cebu mengenai Perlindungan dan Penggalakan Hak Pekerja Migran, ditandatangani.

Antara peruntukan di dalam dokumen Konsensus ASEAN, ialah mendukung keadilan layanan terhadap pekerja migran, memberikan hak melawat kepada anggota keluarga, mencegah rampasan pasport dan caj berlebihan ke atas bayaran pengambilan pekerja.

Ia juga melindungi mereka daripada keganasan dan gangguan seksual di tempat kerja, mengawal perekrut pekerja untuk perlindungan yang lebih baik bagi pekerja, dan menghormati hak mereka untuk gaji dan faedah yang sesuai dan berpatutan serta hak untuk menyertai kesatuan sekerja dan persatuan.

Seperti kesemua perjanjian ASEAN, pelaksanaan Konsensus ASEAN, yang tidak terikat di sisi undang-undang, akan tertakluk kepada undang-undang negara anggota masing-masing.

Menurut laporan media di sini, Filipina dan Indonesia berusaha supaya kerangka konsensus itu terikat di sisi undang-undang sementara Singapura dan Malaysia menyuarakan kebimbangan bahawa ia akan menggalakkan kemasukan lebih banyak pekerja migran yang tidak sah.

Minggu lepas, Jurucakap Jabatan Hubungan Luar Filipina Robespierre Bolivar berkata perjanjian itu adalah ’satu kepentingan utama’ Filipina selaku Pengerusi ASEAN, yang dihuni lebih 600 juta penduduk.

Menurut Bank Dunia, hampir tujuh juta atau dua pertiga daripada 10 juta pekerja migran antarabangsa tinggal dan bekerja di ASEAN datang dari rantau ini.

Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Vietnam dilihat sebagai negara ‘penghantar’ utama pekerja migran sementara Malaysia, Singapura dan Thailand adalah antara negara ‘penerima’ utama. – BERNAMA

Tags: Pemimpin ASEAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd