• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan Kem Tentera Adalah Keperluan Strategik Bukan Politik

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan pembinaan kem tentera di kawasan tertentu adalah satu keperluan strategik demi keselamatan dan kepentingan negara, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Sehubungan itu beliau meminta isu tersebut tidak dipolitikkan kononnya kem tentera dibina untuk tujuan politik.

“Dakwaan mereka (tentera) didaftarkan sebagai pengundi di sebuah kem tentera yang masih dalam pembinaan juga adalah tidak betul, anggota kita hanya akan berpindah ke dalam kem setelah kem itu siap.

“Jika betul pasti Barisan Nasional (BN) sudah menang di Parlimen Teluk Kemang dan Lumut pada Pilihan Raya Umum 2013, kerana kedua-dua kawasan itu mempunyai kem tentera,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyangkal dakwaan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang mencelah semasa penggulungan dan menuduh kerajaan bermotif politik apabila membuat perancangan untuk membina sebuah kem tentera di Segamat.

Mengulas lanjut Johari berkata terdapat keperluan untuk pasukan tentera berada di kawasan tertentu walaupun kem mereka masih dalam pembinaan.

“Sebagai contoh, tentera Rejimen Sempadan perlu berada di sempadan negara walaupun kawasan itu tidak mempunyai kem tentera, namun atas sebab-sebab tertentu mereka perlu berada di sana,” katanya.

RUU Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu diluluskan selepas dibahaskan 10 anggota parlimen.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Johari Baharum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM5.68 Juta Peruntukan Seleggara Sekolah ATM 2016-2017

02/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan membelanjakan sebanyak RM5.68 juta untuk penyelenggaraan sekolah di kem Angkatan Tentera (ATM) pada 2016 hingga...

Kedah Perlu Sokongan Pusat Untuk Terus Maju

06/03/2018
0

KUBANG PASU - Kedah memerlukan sokongan padu Kerajaan Persekutuan untuk terus maju, sekali gus berkembang pesat pada masa hadapan, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd