• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembelian Hotel Di London: SPRM Dapatkan MLA

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan Mutual Legal Assistance (MLA) dari United Kingdom berkenaan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London.

Ketua Pesuruhjaya SPRM ,Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata permohonan tersebut akan dilakukan menerusi Jabatan Peguam Negara.

“Berkenaan pembelian hotel di London mungkin itu mengambil sedikit masa malah, kita juga telah berkomunikasi untuk dapatkan dan membuat permohonan bantuan MLA dengan pihak United Kingdom.

“Kita akan buat permohonan melalui Jabatan Peguam Negara dan insya-Allah permohonan tersebut kita akan buat untuk dapatkan keterangan-keterangan yang berada di London selepas itu barulah kita boleh lengkapkan siasatan melibatkan pembelian hotel di United Kingdom,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (Pemarah) Borneo 3.0 di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini hari ini.

Mengulas mengenai pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Dzulkifli berkata siasatan kes itu berada pada peringkat akhir.

Sementara itu, berkenaan senarai kementerian paling banyak menerima aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa, Dzulkifli berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Itu dalam proses penambahbaikan kita akan melihat terlebih dahulu perkara tersebut.

“Saya akan berbincang dengan ketua setiausaha negara tentang perkara itu, barulah kita akan mengambil tindakan seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd