• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Pelancong Hanyut Ke Indonesia Selamat Tiba

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – “Saya di mana? Tolong bawa kami ke daratan… Kami ditimpa musibah dan kami bukan penceroboh.”

Itu ayat pertama Amat Muhamar, 50, sebaik sahaja bot yang dinaiki bersama anak saudaranya, Mohd. Abdul Latiff Kasim, 29, dihampiri sebuah bot nelayan Indonesia pada 11 November lalu, selepas tiga hari hanyut di laut.

Mereka berdua yang merupakan pemandu pelancong dari Pulau Tioman dilaporkan hilang di laut pada 8 November lalu selepas kali terakhir dilihat di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin di sini pada 1.30 tengah hari ketika bertolak pulang ke pulau itu membawa bot gentian kaca yang baharu dibeli.

Kedua-dua beranak itu selamat tiba di Jeti Marina Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini pada 6 petang tadi, diiringi bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mengambil mereka daripada jagaan pihak berkuasa Indonesia di sempadan laut Malaysia-Indonesia petang ini.

Berkongsi pengalaman mereka dengan pemberita di jeti itu, Amat berkata keadaan cuaca tidak begitu baik dan berkabus pada hari kejadian namun mereka bertegas meneruskan perjalanan pulang.

“Tidak lama selepas itu, kabus semakin tebal menyebabkan saya tidak nampak daratan… tak nampak bayang pulau langsung. Saya buat keputusan untuk menjatuhkan sauh supaya kami boleh berhenti sehingga keadaan cuaca baik dan teruskan perjalanan.

“Tapi ombak semakin kuat dan kami semakin jauh dibawa ombak, sauh tidak membantu kami untuk berada di satu tempat yang sama di laut. Lama-kelamaan kami kehabisan minyak dan terus dibawa ombak,” katanya.

Amat yang belum berkeluarga berkata berikutan telefon bimbit tidak boleh digunakan, mereka berusaha mendapatkan bantuan daripada beberapa buah bot yang melalui berhampiran mereka dengan melambai-lambaikan tangan, namun bot-bot berkenaan seolah-olah tidak nampak mereka.

Sepanjang tiga hari itu kedua-dua beranak tersebut cuma bergantung kepada tiga botol air mineral yang diminum secara berdikit-dikit memandangkan mereka tidak tahu berapa lama mereka akan berada di laut, katanya menambah mereka turut dilanda ribut selama dua malam.

Katanya apabila dihampiri bot nelayan Indonesia pada 11 November lalu, dia amat bersyukur dan bertambah gembira apabila diberitahu mereka berada berhampiran Pulau Jemaja kerana dia mempunyai saudara-mara di pulau berkenaan.

“Mereka mahu menghantar kami ke hospital, tapi saya menolak kerana kami sihat… cuma agak keletihan. Saya beritahu tidak mengapa jika mereka mahu melaporkan kehadiran kami kepada pihak berkuasa kerana kami tidak melakukan kesalahan.

“Saya fikir itu yang terbaik supaya kami boleh pulang ke Malaysia secara baik. Saya mahu bawa bot balik ke Pulau Tioman dan tidak mahu bot dirampas kerana kesalahan menceroboh,” katanya.

Dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan mereka dan pihak berkuasa dan persatuan nelayan yang membantu melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik sahaja mereka dilaporkan hilang.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak berkuasa dan rakan nelayan di Indonesia khususnya di Pulau Jemaja kerana membantu serta melayan kami dengan baik sepanjang enam hari berada di sana,” katanya.

Amat berkata dia amat bersyukur apabila dimaklumkan boleh membawa pulang bot baharunya ke Pulau Tioman dan menambah mereka memulakan perjalanan pulang pada 5 pagi tadi dengan diiringi pihak berkuasa Indonesia yang kemudiannya menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Malaysia. – BERNAMA

Tags: Pelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd