• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Sabah Diingatkan Usah Bawa Lebih Muatan

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pemandu lori di Sabah diingatkan supaya tidak membawa muatan berlebihan kerana ia akan menyebabkan berlaku kerosakan jalan raya selain dikhuatiri mengundang bahaya dan menjejaskan keselamatan awam, kata Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Datuk Bobbey Suan.

Bobbey tidak menafikan lori melebihi muatan khususnya yang membawa kelapa sawit dan balak menjadi antara faktor kerosakan beberapa jalan raya di Sabah dan perkara itu harus dibendung dengan memastikan setiap pemandu lori mematuhi peraturan had muatan ditetapkan pihak berkuasa.

“Peraturan ditetapkan (pihak berkuasa perlu sentiasa dipatuhi) bagi memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terjamin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan Buku Log Pemandu Bas kawasan pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah Datuk Raime Unggi.

Bobbey berkata kementeriannya akan sentiasa memantau dan mengenal pasti mana-mana jalan raya khususnya di kawasan luar bandar yang mengalami kerosakan dan memerlukan pembaikan.

Ini bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya selain mengelak daripada perkara yang tidak diingini, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Bobbey Suanpemandu lori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd