• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Penyokong Kedah Maut, Sakit Jantung

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pemandu bas yang membawa penyokong Kedah untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di sini malam tadi ditemui mati di dalam basnya dipercayai akibat sakit jantung.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, M. Batumalai, 51, ditemui tidak sedarkan diri oleh rakannya yang juga pemandu kedua kira-kira pukul 7 malam di bahagian tempat duduk pemandu, yang bas itu diparkir berhampiran Stadium Shah Alam.

Beliau berkata rakan mangsa kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota polis yang bertugas di luar stadium.

“Pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang melakukan pemeriksaan ke atas Batumalai mengesahkan beliau telah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang selesai dilakukan lewat malam tadi mendapati punca kematian mangsa adalah akibat sakit jantung,” katanya ketika dihubungi.

Shafien berkata pihak polis turut menghubungi keluarga pemandu itu di Pulau Pinang yang kemudian mengesahkan Batumalai memang menghidap sakit jantung.

“Bas berkenaan kemudian diambil alih oleh pemandu kedua untuk membawa penyokong pulang semula ke Kedah selepas perlawanan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mengenai perlawanan malam tadi, beliau berkata kawalan keselamatan yang ketat dan kerjasama baik penyokong kedua-dua pasukan menjadikan perlawanan itu tidak dicemari dengan kejadian di luar kawalan.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama penyokong kedua-dua pasukan yang mengikut arahan yang diberikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd